Total Pageviews

Saturday, April 9, 2011

Kisah Renungan bersama

Kerana sekeping Foto



    Alkisah pembuka bicara,tersebutlah sebuah cerita dimana ada seorang manusia ini yang namanya Ah Choi...dia ni suka ambil gambar dengan kamera DSLR nya...
Sampailah pada suatu hari dia pergi ke bandar untuk mencuci gambar dengan menaiki bas...selepas selesai mencuci gambarnya..dia pun pulang menaiki bas tadi...didalam bas dia pun mengeluarkan sekeping foto yang mana di foto itu ada gambar dia disebuah taman tema air...
Dengan secara tiba-tiba sahaja bas yang dinaiki berhenti mengejut..dan gambar yang dipegang Ah Choi terbang dan memasuki bawah kain seorang makcik....Ah Choi pun berkata

Ah Choi:  Makcik angkat kain nak ambil gambar.....

Makcik: @#$$%^&*!!

dan selepas itu Ah Choi ditendang keluar dari bas itu dan terpaksa pulang sambil berjalan2 kaki....

KERANA SENYUMAN




Di Negara Mesir, lahirlah seorang kanak-kanak perempuan kecil yang mana apabila dia besar dia mula membantu ibunya mencari rezeki seawal dia beumur lima tahun....
Pada suatu hari dia keluar menjual.Dia merupakan seorang penjuaمنديل atau lebih dikenali di Malaysia sebagai sapu tangan...sapu tangannya cukup lembut, sedang dia berjalan dari satu stesen bas ke suatu stesen bas....dia pun terjumpalah seorang wanita muda yang sedang menangis teresak di sebuag lorong..budak kecil itu pun pergi kearah wanita itu dan bertanya..


"Kenapa kamu menangis?". budak kecil itu betanya.


"Aku mempunyai masalah dengan suamiku dan malam kelmarin kami bertengkar". wanita itu membalas sambil menundukkan kepala.


Lalu,budak kecil itu menghulurkan sehelai sapu tangan yang dijualnya kepada wanita itu tadi,,,wanita itu mengesat air mata nya dan mendongakkan kepala untuk mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu...
Namun apabila dia mendongak kanak-kanak itu sudah jauh .Tetapi kanak-kanak itu berpaling dan berkata:


"Senyumlah, Kerana Senyumanmu amatlah berharga dan membahagiakan" kata kanak-kanak itu sambil ternyum dan pergi meninggalkan wanita itu lalu kembali berniaga.


Wanita itu kembali bersemangat dan beergegas pulang dan menelefon kerana suaminya berada di kedai minuman.....
"Abang maafkan saya" itulah kata2 maaf dari si isteri
Suami wanita tadi yang terlalu gembira kerana  sudah berbaik dengan isterinya terus mengeluarkan duit RM100 dan meletakkannya diatas kaunter pembayaran dan terus pergi....tidak sempat si suami melangkahkan kakinya keluar..pemilik kedai pun memaggilnya dan bertanya:

"Bakinya bagai mana saya tidak ada duit baki utk diberi"

'Simpan saja bakinya, aku berasa sangat gembira hari ini, simpan sajalah baki nya ya?" balas si suami tersenyum lalu segera beredar.

Pemilik kedai itu berasa sangat gembira kerana dia mendapat untung yang banyak pada jualannya hari itu..

"Rasanya sudah cukup untuk jualan hari ini, lebih baik aku pulang ke rumah" kata pemilik kedai minuman itu..

Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan seorang wanita tua yang sudah lajut usia yang menjual manisan ditepi jalan...
Lelaki itu berasa simpati, oleh kerana dia memperoleh untung yang banyak pada hari ini dia pun membeli kesemua manisan itu...

"Saya hendak membeli kesemua manisan ini" kata lelaki itu tersenyum lalu menghulurkan sekeping RM100

"Terima kasih semoga Tuhan yang dapat membalas jasa kamu" kata wanita itu tersenyum pula sambil membungkus manisan itu...

Wanita itu berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah...
dalam perjalanan pulang kerumah,,wanita itu berhenti sebentar di kedai daging untuk membeli daging kambing untuk anaknya dirumah...

Setiba dirumah wanita itu memberi daging itu kepada anaknya untuk dipotong didapur..anak itu bersa sangat gembira..apa yang lebih mengembirakan hati saya ialah anak itu merupakan kanak2 kecil yang memberi wanita yang sedang mengais itu sehelai sapu tangan...TamaT...

Ha....macam mana banyak tak kesimpulan dan pengajaran yaang anda semua dapat disini kan?

1# Jaga percakapan kita,,,budi bahasa budaya kita....betulkan tatabahasa anda ya?
2# Senyum dan sentiasa berbuat baik ini kerana setiap amlam yang baik walaupun sebesar zarah sekalipun  Allah S.A.W tetap akan memberi balasan atas nya....