Total Pageviews

Monday, December 3, 2012

Hero Kita


Salam Mahabbah!

Semua pembaca mungkin masih dalam mood cuti dan having fun life bersama keluarga,,,OK!
Dalam entri kali ini,,saya cuma ingin berbicara mengenai HERO!




kalau kita bercakap je pasal hero..orang yang selalu dikaitkan adalah lelaki atau wanita dengan sut yang canggih dan logo2 yang terdapat pada sut ketat mereka...Kanak2 dan dewasa memang tidak terlepas untuk meminati watak2 tersebut..Mereka semua digambarkan penuh dengan sifat kewibawaan dan profesional dalam melaksanakan semua tugasan mereka...membanteras jenayah dan anasir2 di dalam bandar mereka macam Batman dan Robin yang bersatu membanteras jenayah di Kota Gotham...

Namun, pernah tak kita fikir bahawa semua ini berasal dari barat,,, yang sebenarnya hadir untuk merosakkan minda masyarakat sekarang yang terus hanyut dibawa arus pemodenan yang semakin pesat!!
Golongan muda amat diperlukan dalam melaksanakan rancangan ini...bila ada sahaja pertandingan cosplay saya yakin dan pasti mesti ada dikalangan kita yang turut dalam aktiviti tersebut...
Otaku atau golongan yang ekstrimis dalam bidang komik dan games...masyarakat Jepun merupakan masyarakat yang paling majoriti mempunyai Otaku yang ramai...


sehingga suatu tahap mereka mengadakan satu universiti nuntuk mengkaji mengenai 'mereka2' ini..

Kenapa mereka jadi begitu ekstrimis terhadap manga dan games?

Jawapannya mudah,,sebab mereka minat dan mereka tahu bahawa perkara itu boleh memberi mereka kepuasan....padahal tak pun 'sebenar'nya...=='

Namun, pernah tak kita terfikir untuk jadikan hero kita itu dalam konteks islamik version... tak perlu sebenarnya kerana Hero kita yang SATU itu sentiasa dekat dengan kita...DIA lebih daripada sekadar pembanteras jenyah..dia juga lebih daripada pembanteras kemaksiaatan .... hero selalunya perlukan kuasa tapi Hero kita tetap dengan kekuasaannya sejak azali...Dialah ALLAH S.W.T.....
                                                 
 **************

Tapi kita boleh juga sebenarnya nak cipta hero kita sebagai Motivasi terhadap diri kita...saya masa kecik2 dulu pernah termimpi nak cipta se "superhero" saya sendiri....

 rupa dia lebih kurang macam nilah...

Dia ada power macam dekat atas ni..tapi yang gambar ni gambar Gambit X-men:Origins...saya memang minat yang kartun ini...

Tapi versi saya dia akan gunakan kad yang ok sikitlah..macam kad fon ke...kad topup ke...hehe...
lepastu islamik sikitla...dia kalahkan penjenayah pastu tinggalkan pesanan untuk penjenayah tu..supaya kalau orang tu kalau masuk penjara dia boleh buat refleksi diri masa dalam penjara.....





Saturday, December 1, 2012

Cinta sebagai Tarbiah?






boleh ke Cinta jadi tarbiah kepada kita untuk kita lebih dekat kepada Allah....?

Jawapannya : Boleh! sebab cinta maknanya umum...boleh kata cinta pada Nabi ,,,cinta pada Ilmu,,tetapi hanya ada satu cinta je yang boleh membawa kita kepada Syurga...

Iaitu...

Cinta kepada Allah S.W.T, Hal ini demikian kerana,bila kita cinta kepada Allah maka kita akan jauh dari suatu penyakit yang berbahaya...ianya bukan sebarangan penyakit macam H5N1 ke...atau H1N1 ke...penyakit ni ialah penyakit jiwa iaitu...penyakit wahn iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..
Hal ini benar-benar berlaku dalam norma masyarakat islam zaman ini...

Kenapa ianya berlaku?
kenapa tak dibendung permasaalahan ini?
Bagaimana cara untuk menghentikannya?

kenapa takutkan mati sedangkan kita cintakan dunia?,,jangan kita tersilap tafsir kerana pada zaman Rasullulah dulu pun pernah berlaku peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan penyakit jiwa ini..contohnya pada suatu ketika ketika penghijrahan Nabi ke Madinah ada para sahabat yang takut untuk meninggalkan harta benda serta  ahli keluarga yang tidak mahu turut serta berhijrah..namun, mereka juga mahu untuk terus berjihad maka Rasullulah berkata: "Berpeganglah dengan agama Allah nescaya Allah akan menjagamu".

Disini menunjukkan bahawa kalau kita mengambil islam sebagai cara hidup InsyaAllah,,,Allah akan menjaga kita...Kalau kita lihat saudara kita di Gaza dan Palestin kenapa mereka tetap cekal walaupun meraka ditindas oleh zionis yang tak berhati perut...ini kerana ,mereka ada semangat Jihad yang tinggi..mereka atak memikirkan dunia yang pedih..namun mereka memikirkan Akhirat yang bahagia di sana..

Oleh itu, kita di sini ini jangan terlalu memikirkan cinta pada Dunia...cintakan manusia boleh namun jangan terlalu obses,,,carilah cinta yang membawa kita ke Syurga ...cerita 2 ini banyak saya dapat semasa membaca novel Matahari karya Hilal Asyraf..dalam buku berkenaan ada tertulis :-

"Jadilah sepertinya,
sinar kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk semesta,
sinarnya sampai,
walaupun gelita,"

#Matahari..