Total Pageviews

Saturday, December 1, 2012

Cinta sebagai Tarbiah?






boleh ke Cinta jadi tarbiah kepada kita untuk kita lebih dekat kepada Allah....?

Jawapannya : Boleh! sebab cinta maknanya umum...boleh kata cinta pada Nabi ,,,cinta pada Ilmu,,tetapi hanya ada satu cinta je yang boleh membawa kita kepada Syurga...

Iaitu...

Cinta kepada Allah S.W.T, Hal ini demikian kerana,bila kita cinta kepada Allah maka kita akan jauh dari suatu penyakit yang berbahaya...ianya bukan sebarangan penyakit macam H5N1 ke...atau H1N1 ke...penyakit ni ialah penyakit jiwa iaitu...penyakit wahn iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..
Hal ini benar-benar berlaku dalam norma masyarakat islam zaman ini...

Kenapa ianya berlaku?
kenapa tak dibendung permasaalahan ini?
Bagaimana cara untuk menghentikannya?

kenapa takutkan mati sedangkan kita cintakan dunia?,,jangan kita tersilap tafsir kerana pada zaman Rasullulah dulu pun pernah berlaku peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan penyakit jiwa ini..contohnya pada suatu ketika ketika penghijrahan Nabi ke Madinah ada para sahabat yang takut untuk meninggalkan harta benda serta  ahli keluarga yang tidak mahu turut serta berhijrah..namun, mereka juga mahu untuk terus berjihad maka Rasullulah berkata: "Berpeganglah dengan agama Allah nescaya Allah akan menjagamu".

Disini menunjukkan bahawa kalau kita mengambil islam sebagai cara hidup InsyaAllah,,,Allah akan menjaga kita...Kalau kita lihat saudara kita di Gaza dan Palestin kenapa mereka tetap cekal walaupun meraka ditindas oleh zionis yang tak berhati perut...ini kerana ,mereka ada semangat Jihad yang tinggi..mereka atak memikirkan dunia yang pedih..namun mereka memikirkan Akhirat yang bahagia di sana..

Oleh itu, kita di sini ini jangan terlalu memikirkan cinta pada Dunia...cintakan manusia boleh namun jangan terlalu obses,,,carilah cinta yang membawa kita ke Syurga ...cerita 2 ini banyak saya dapat semasa membaca novel Matahari karya Hilal Asyraf..dalam buku berkenaan ada tertulis :-

"Jadilah sepertinya,
sinar kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk semesta,
sinarnya sampai,
walaupun gelita,"

#Matahari..


2 comments: