Total Pageviews

Friday, May 24, 2013

Monday, December 3, 2012

Hero Kita


Salam Mahabbah!

Semua pembaca mungkin masih dalam mood cuti dan having fun life bersama keluarga,,,OK!
Dalam entri kali ini,,saya cuma ingin berbicara mengenai HERO!




kalau kita bercakap je pasal hero..orang yang selalu dikaitkan adalah lelaki atau wanita dengan sut yang canggih dan logo2 yang terdapat pada sut ketat mereka...Kanak2 dan dewasa memang tidak terlepas untuk meminati watak2 tersebut..Mereka semua digambarkan penuh dengan sifat kewibawaan dan profesional dalam melaksanakan semua tugasan mereka...membanteras jenayah dan anasir2 di dalam bandar mereka macam Batman dan Robin yang bersatu membanteras jenayah di Kota Gotham...

Namun, pernah tak kita fikir bahawa semua ini berasal dari barat,,, yang sebenarnya hadir untuk merosakkan minda masyarakat sekarang yang terus hanyut dibawa arus pemodenan yang semakin pesat!!
Golongan muda amat diperlukan dalam melaksanakan rancangan ini...bila ada sahaja pertandingan cosplay saya yakin dan pasti mesti ada dikalangan kita yang turut dalam aktiviti tersebut...
Otaku atau golongan yang ekstrimis dalam bidang komik dan games...masyarakat Jepun merupakan masyarakat yang paling majoriti mempunyai Otaku yang ramai...


sehingga suatu tahap mereka mengadakan satu universiti nuntuk mengkaji mengenai 'mereka2' ini..

Kenapa mereka jadi begitu ekstrimis terhadap manga dan games?

Jawapannya mudah,,sebab mereka minat dan mereka tahu bahawa perkara itu boleh memberi mereka kepuasan....padahal tak pun 'sebenar'nya...=='

Namun, pernah tak kita terfikir untuk jadikan hero kita itu dalam konteks islamik version... tak perlu sebenarnya kerana Hero kita yang SATU itu sentiasa dekat dengan kita...DIA lebih daripada sekadar pembanteras jenyah..dia juga lebih daripada pembanteras kemaksiaatan .... hero selalunya perlukan kuasa tapi Hero kita tetap dengan kekuasaannya sejak azali...Dialah ALLAH S.W.T.....
                                                 
 **************

Tapi kita boleh juga sebenarnya nak cipta hero kita sebagai Motivasi terhadap diri kita...saya masa kecik2 dulu pernah termimpi nak cipta se "superhero" saya sendiri....

 rupa dia lebih kurang macam nilah...

Dia ada power macam dekat atas ni..tapi yang gambar ni gambar Gambit X-men:Origins...saya memang minat yang kartun ini...

Tapi versi saya dia akan gunakan kad yang ok sikitlah..macam kad fon ke...kad topup ke...hehe...
lepastu islamik sikitla...dia kalahkan penjenayah pastu tinggalkan pesanan untuk penjenayah tu..supaya kalau orang tu kalau masuk penjara dia boleh buat refleksi diri masa dalam penjara.....





Saturday, December 1, 2012

Cinta sebagai Tarbiah?






boleh ke Cinta jadi tarbiah kepada kita untuk kita lebih dekat kepada Allah....?

Jawapannya : Boleh! sebab cinta maknanya umum...boleh kata cinta pada Nabi ,,,cinta pada Ilmu,,tetapi hanya ada satu cinta je yang boleh membawa kita kepada Syurga...

Iaitu...

Cinta kepada Allah S.W.T, Hal ini demikian kerana,bila kita cinta kepada Allah maka kita akan jauh dari suatu penyakit yang berbahaya...ianya bukan sebarangan penyakit macam H5N1 ke...atau H1N1 ke...penyakit ni ialah penyakit jiwa iaitu...penyakit wahn iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..
Hal ini benar-benar berlaku dalam norma masyarakat islam zaman ini...

Kenapa ianya berlaku?
kenapa tak dibendung permasaalahan ini?
Bagaimana cara untuk menghentikannya?

kenapa takutkan mati sedangkan kita cintakan dunia?,,jangan kita tersilap tafsir kerana pada zaman Rasullulah dulu pun pernah berlaku peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan penyakit jiwa ini..contohnya pada suatu ketika ketika penghijrahan Nabi ke Madinah ada para sahabat yang takut untuk meninggalkan harta benda serta  ahli keluarga yang tidak mahu turut serta berhijrah..namun, mereka juga mahu untuk terus berjihad maka Rasullulah berkata: "Berpeganglah dengan agama Allah nescaya Allah akan menjagamu".

Disini menunjukkan bahawa kalau kita mengambil islam sebagai cara hidup InsyaAllah,,,Allah akan menjaga kita...Kalau kita lihat saudara kita di Gaza dan Palestin kenapa mereka tetap cekal walaupun meraka ditindas oleh zionis yang tak berhati perut...ini kerana ,mereka ada semangat Jihad yang tinggi..mereka atak memikirkan dunia yang pedih..namun mereka memikirkan Akhirat yang bahagia di sana..

Oleh itu, kita di sini ini jangan terlalu memikirkan cinta pada Dunia...cintakan manusia boleh namun jangan terlalu obses,,,carilah cinta yang membawa kita ke Syurga ...cerita 2 ini banyak saya dapat semasa membaca novel Matahari karya Hilal Asyraf..dalam buku berkenaan ada tertulis :-

"Jadilah sepertinya,
sinar kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk semesta,
sinarnya sampai,
walaupun gelita,"

#Matahari..


Saturday, June 2, 2012

4 Perkara


Sabda Rasullulah S.A.W:

1) 4 perkara yang membuatkan badan sakit:
-TERLALU Banyak bercakap
-TERLALU Banyak Tidur
-TERLALU Banyak makan
-TERLALU Banyak bertemu dengan orang ramai

2) 4 perkara yang merosakkan tubuh:
-Kerisauan
-Kesedihan(risau/sayu hati)
-Lapar dan Dahaga
-Tidur lewat malam

3)4 perkara yang menyebabkan kering muka & membuang seri muka:
-Menipu
-Tidak menghormati / kurang ajar (mendesak pada sesuatu yang salah dengan disedarinya)
-Menghujah tanpa pengetahuan dan maklumat yang mencukupi.
-Melakukan sesuatu yang tidak bermoral dengan keterlaluan(melakukaan sesuatu tanpa rasa takut)

4) 4 perkara yang meningkatkan kelembutan wajah dan keseriannya:
-Takwa
-Setia
-Murah hati
-Selalu menolong orang ramai tanpa dipinta

5) 4 perkara yang menyekat Rezeki:
-Tidur di awal pagi (dari Fajar sehingga terbit Matahari)
-Tidak menunaikan Solat atau tidak kerap solat
-Malas/ bersifat kemalasan
-Pengkhianatan/ tidak jujur

6) 4 perkara yang memberikan/meningkatkan Rezeki:
-Qiamulail(mendirikan solat malam)
-Memperbanyakkan Taubat
-Selalu beramal jariah
-ZIKIR (mengingati Allah)

Sumber: Hadith

renung-renungkan dan selamat beramal...

seni itu artistik Pemikiran Terbuka.....


Kereta Dua Alam









BENTUKNYA tidak ubah seperti kombinasi bot dan kereta, sekali gus memberi gambaran kenderaan unik ini mampu bergerak dalam dua alam berbeza.
Kelihatan cukup teguh menyusuri trek 20 meter yang bermula dengan laluan kering hinggalah kepada rintangan berair, kenderaan kerdil ini sebenarnya digerakkan dengan tenaga dibekalkan bateri. 
Itu adalah gambaran kasar pertandingan Kenderaan Elektrik Amfibia atau ‘Amphibious Electric Vehicle’ yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wajah riang jelas kelihatan pada peserta daripada kategori sekolah 23 pasukan dan kategori terbuka - 33 pasukan terbuka. Sambil bersemangat melihat kenderaan masing-masing meluncur laju di trek, sesekali terdengar hilai tawa, terutama apabila kenderaan mereka memintas lawan.

Lebih meriah, pengunjung turut bersorak sebaik menyaksikan persaingan kenderaan mini itu, seolah-olah masing-masing kembali dalam dunia kanak-kanak.

Akhirnya, kumpulan ZRTJA yang mewakili Universiti Teknikal Melaka (Utem) mengungguli pertandingan kategori terbuka dengan tiga saat di depan pesaingnya, 1-RSV.

Menurut ahli pasukan ZRTJA, Amjad Saddar Md Isa, 22, mungkin ada beranggapan rekaan model kenderaan elektrik amfibia mini kelihatan mudah dan bagai kereta mainan, namun baginya, ia pertandingan yang penting.

Katanya, dalam pertandingan itu, dia serta rakannya menguji kemampuan mereka dalam menaik taraf model berkenaan supaya mampu memberi saingan kepada peserta lain.

“Segelintir individu yang menyertai serta menyaksikan pertandingan ini mungkin berasa ia hanya pertandingan ‘kereta mainan’ biasa, tetapi bagi pasukan saya, kami memandang serius ciptaan kenderaan dua alam ini seperti rekaan kenderaan sebenar.

“Kami menentukan bentuk, enjin serta bateri digunakan. Diringkaskan, kami mencipta model kereta 100 peratus berdasarkan kreativiti kami,” katanya.

Mengenai pengalaman pasukannya menyertai pertandingan itu, Amjad berkata, cabaran kali ini berbeza daripada pertandingan yang pernah mereka sertai.

“Sebelum ini pertandingan reka cipta kenderaan anjuran MyRobotz, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Pusat Sains berupa kenderaan solar.

“Namun tahun ini format pertandingan berubah konsep kepada penciptaan kenderaan dua alam dan tentunya persediaan menyiapkan kenderaan itu juga berbeza. Kali ini kami perlu mereka kenderaan yang benar-benar fleksibel di dalam air mahupun pantas di litar darat,” katanya.

Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Utem itu berkata, disebabkan cabaran berlainan, tekanan dirasai membuatkan dirinya kurang berpuas hati dengan rekaan keretanya walaupun pertandingan sudah hampir.

“Bayangkan malam sebelum pertandingan, saya serta rakan sukar melelapkan mata.
Kami berjaga sehingga jam 4 pagi kerana berasakan rekaan tidak cukup sempurna.
Setiap bahagian kereta kami teliti dengan berhati-hati bagi memastikan tiada masalah pada hari pertandingan.

“Kami bimbang kerana kenderaan dihasilkan perlu bergerak pantas dalam dua medium berbeza. Sudah tentu perkara paling membimbangkan saya ialah rintangan antara trek di darat dan air, yang mampu menyebabkan kereta terbalik kerana kegagalan kenderaan mengharunginya,” katanya yang meminati pertandingan reka cipta, terutama membabitkan kejuruteraan automotif.

Berbeza bagi rakannya, Mohammad Hazwan Ruslan, perasaan gemuruh tidak dapat menyaingi rasa terujanya menguji kepantasan kenderaan rekaan pasukannya.

“Memang gemuruh serta sedikit tertekan pada mulanya, tetapi sebaik melihat kenderaan ciptaan kami bergerak pantas di pelantar, keseronokan dan perasaan gembira jelas mengatasi segala-galanya.

“Terutama ketika perlumbaan pertama, kenderaan amfibia pasukan saya berjaya merekod catatan tujuh saat bagi trek sepanjang 20 meter. Pencapaian itu membuatkan segala tekanan dan kesusahan ketika menghasilkan kereta kami hilang begitu saja. Malah, ia catatan terbaik direkodkan ketika pertandingan berlangsung,” katanya yang mengimpikan peluang bergelar jurutera automotif Proton Holdings Berhad.

Dia yang berasal dari Bukit Baru, Melaka berkata, kejayaan pasukannya memenangi pertandingan tidak datang bergolek, sebaliknya berkat kesungguhan mencari kesempurnaan dalam memastikan kereta dua alam tahan lasak dalam beberapa siri perlawanan.

“Bayangkan ada saja masa terluang, kami habiskan untuk menyiapkan kenderaan berkenaan. Kami perlu mempertimbangkan segenap segi yang mampu membantu kenderaan kami kekal pantas.

“Daripada rekaan bentuk hinggalah penggunaan material bagi memastikan kenderaan kami bukan saja laju tetapi kekal stabil sewaktu menyelusuri jalan berbeza,” katanya.

Rakannya, Muhammad Razil Razali, 21, berkata pemilihan material bagi membina kenderaan amfibia sangat penting dan bahan digunakan perlu ringan, sekali gus membantu kereta bergerak pantas dalam apa juga keadaan.

“Sebaik-baiknya ia kalis air supaya tidak berlaku penyerapan air yang bakal menambah beban kenderaan. Terbaik setakat ini yang mempunyai kriteria berkenaan ialah gabus.

“Tambahan pula, kereta perlu melalui beberapa siri perlumbaan. Tidak mustahil setiap kali melalui ‘medium’ mengandungi air, kereta menjadi perlahan kerana air menyerap pada tayar dan badan kenderaan. Kadangkala akibat terlalu kerap terendam dalam air, enjinnya turut mengalami gangguan.

“Oleh itu, kami perlu membuat persediaan rapi atau ‘back-up plan’ andainya berlaku kerosakan,” katanya yang mengakui pernah menghadapi saat mencemaskan pada pusingan ketiga di mana kenderaan pasukannya terbalik.

Katanya, ketika itu ada juga rasa ingin putus asa kerana ada kerosakan kecil pada enjin kenderaan, namun ketika enjin dikeringkan dan bateri ditukar, kenderaan pasukannya kembali berfungsi.

“Sebaik kereta terbalik, enjin kereta terkena air. Kereta gagal bergerak, menyebabkan kami ingin menarik diri. Mujur rakan menyarankan enjin kenderaan dikeringkan, begitu juga dengan komponen lain.

“Alhamdulillah, ikhtiar kami berhasil dan akhirnya pasukan kami berjaya bertahan sehingga menjuarai pertandingan.

“Ia memberikan kami semangat untuk menyertai lebih banyak pertandingan kelak,” katanya yang berminat dengan teknologi Honda dalam perusahaan automotif.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan Mosti, Datin Nur Wahidah Wong Abdullah berkata, pertandingan mendapat sambutan menggalakkan meskipun julung kali diadakan.

“Mosti selaku penganjur bersama MyRobotz dan Pusat Sains Negara berasa kenderaan dua alam boleh memperluaskan lagi prospek kreativiti mereka yang menyertainya.

“Boleh dikatakan kebanyakan yang hadir dalam pertandingan ini atas faktor minat berbanding ganjaran ditawarkan.

“Ramai sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menguji kenderaan masing-masing. Ini menunjukkan ada juga golongan meminati bidang reka cipta di Malaysia.

“Dengan adanya golongan ini, kami berharap mereka akan terus menyertainya dan pihak saya berusaha menyediakan kemudahan dan membantu penganjur seperti MyRobotz untuk menganjurkan pertandingan berkenaan pada skala lebih besar,” katanya.

Keajaiban kalimah "ALLAH"




Vander Hoven, seorang pakar Psikologi dari Netherland, mengumumkan sebuah penemuan hebat mengenai kesan membaca Al-Quran dan menyebut perkataan Allah berulang-ulang kali keatas pesakit-pesakitnya dan orang biasa (yang tidak sakit).

Seorang Professor Dutch mengesahkan penemuan itu bersama dengan pemerhatian dan kajian yang dijalankan keatas ramai pesakit dalam tempoh 3 tahun. Beberapa pesakit itu ialah bukan beragama islam (non-muslim), yang mana mereka itu tidak bertutur dalam bahasa Arab dan mereka dilatih untuk menyebut perkataan "Allah" dengan makhraj yang betul dan jelas; hasilnya amat memberansangkan keatas semua peakit yang mengalami tekanan perasaan dan kepatahan semangat dalam hidup.

Al-Watan, media Saudi melaporkan bahawa dipetik berkata Muslim yang boleh membaca Arab dan orang yang boleh membaca Al-Quran setiap waktu akan dilindungi dirinya dari penyakit psikologi .
Beliau memberitahu mengikut kajiannya bahawa dengan menyebut huruf pertama daripada perkataan "Allah"    iaitu huruf (A) atau (Alif), yang disebut melalui sistem respiratori (penafasan), sambil mengawal penafasan. Beliau menambah lagi, dengan menyebut huruf velar (L) dalam gaya bahasa Arab (Lam) dengan lidah menyentuh sedikit bahagian atas lelangit yang menghasilkan jeda pendek dan kemudian mengulangi jeda sama sentiasa, menenangkan aspirasi.

Selain itu, menyebut huruf terakhir, yang huruf itu mempunyai kaitan di antara paru-paru dan jantung dan seterusnya hubungan ini mengawal degupan jantung.
Apa yang menarik dan pelik mengenai penemuan ini ialah ahli psikologi ini ialah orang yang bukan  beragama islam (non-muslim), tetapi beliau lebih berminat tentang pengajian Sains Islam dan mengkaji tentang rahsia mengenai KeAngungan Al-Quran (The Secret of the Holy Quran) .

Wassalam....

sori kalau bahasa ini ditulis agak celaru...bagi maklumat lanjut boleh ke laman ini..The Word Allah
entri ini dah lama nak ditulis tapi aku tak sempat2 nak tulis....semoga kita sebagai Ummah Islam membuka pemikiran kita dan berfikir mengenai perkara ini...entri ini translate dari bahasa Inggeris...
Allahuakbar!
sumber: Yutube.com


Artistik Satu cara Dakwah!

Friday, June 1, 2012

Kegilaan Realiti Artistik



Assalam, Pergh! dah lama seh aku tak post...rindu...
sibuk sikit la ..struggle nk mid year exam...

Abis peksa hari itu aku kluar gi bandar aku usha2..jalan kt bandar..pas2 terpandang cermin mata OKLEY...ala2 mcm yg atas 2...pergh..lawa gila..aku apa lagi tros amik....beli....pakai..
komen yg d'trima amat memberansangkan....
TETAPI!!! ada gak komen yg x gerek...mcm ni:

"woi...x gereklah..mcm old fesyen la...."
"Ni mesti pasar malannye..an? yg cermin celup 2 kan...ceremin celup2...(macam iklan).."


aku buat tak tahu je....aku terus bergaya....lol!

Tukar topikla....

balik cuti ini aku dipengaruhi oleh kakak aku...dia tunjuk pasal Mat Lutfi..... gerek seh...korang dah tengok belum...ni antara video nya...







gerekkan...di duduk kat Australia...belajar pasal arkitek gitula...

ok wasalam..nnti aku post lagi vid...dan entry...gerek...

GEREK SEH....Seni itu Artistik!