Total Pageviews

Saturday, April 9, 2011

Kisah Renungan bersama

Kerana sekeping Foto



    Alkisah pembuka bicara,tersebutlah sebuah cerita dimana ada seorang manusia ini yang namanya Ah Choi...dia ni suka ambil gambar dengan kamera DSLR nya...
Sampailah pada suatu hari dia pergi ke bandar untuk mencuci gambar dengan menaiki bas...selepas selesai mencuci gambarnya..dia pun pulang menaiki bas tadi...didalam bas dia pun mengeluarkan sekeping foto yang mana di foto itu ada gambar dia disebuah taman tema air...
Dengan secara tiba-tiba sahaja bas yang dinaiki berhenti mengejut..dan gambar yang dipegang Ah Choi terbang dan memasuki bawah kain seorang makcik....Ah Choi pun berkata

Ah Choi:  Makcik angkat kain nak ambil gambar.....

Makcik: @#$$%^&*!!

dan selepas itu Ah Choi ditendang keluar dari bas itu dan terpaksa pulang sambil berjalan2 kaki....

KERANA SENYUMAN




Di Negara Mesir, lahirlah seorang kanak-kanak perempuan kecil yang mana apabila dia besar dia mula membantu ibunya mencari rezeki seawal dia beumur lima tahun....
Pada suatu hari dia keluar menjual.Dia merupakan seorang penjual منديل atau lebih dikenali di Malaysia sebagai sapu tangan...sapu tangannya cukup lembut, sedang dia berjalan dari satu stesen bas ke suatu stesen bas....dia pun terjumpalah seorang wanita muda yang sedang menangis teresak di sebuag lorong..budak kecil itu pun pergi kearah wanita itu dan bertanya..


"Kenapa kamu menangis?". budak kecil itu betanya.


"Aku mempunyai masalah dengan suamiku dan malam kelmarin kami bertengkar". wanita itu membalas sambil menundukkan kepala.


Lalu,budak kecil itu menghulurkan sehelai sapu tangan yang dijualnya kepada wanita itu tadi,,,wanita itu mengesat air mata nya dan mendongakkan kepala untuk mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu...
Namun apabila dia mendongak kanak-kanak itu sudah jauh .Tetapi kanak-kanak itu berpaling dan berkata:


"Senyumlah, Kerana Senyumanmu amatlah berharga dan membahagiakan" kata kanak-kanak itu sambil ternyum dan pergi meninggalkan wanita itu lalu kembali berniaga.


Wanita itu kembali bersemangat dan beergegas pulang dan menelefon kerana suaminya berada di kedai minuman.....
"Abang maafkan saya" itulah kata2 maaf dari si isteri
Suami wanita tadi yang terlalu gembira kerana  sudah berbaik dengan isterinya terus mengeluarkan duit RM100 dan meletakkannya diatas kaunter pembayaran dan terus pergi....tidak sempat si suami melangkahkan kakinya keluar..pemilik kedai pun memaggilnya dan bertanya:

"Bakinya bagai mana saya tidak ada duit baki utk diberi"

'Simpan saja bakinya, aku berasa sangat gembira hari ini, simpan sajalah baki nya ya?" balas si suami tersenyum lalu segera beredar.

Pemilik kedai itu berasa sangat gembira kerana dia mendapat untung yang banyak pada jualannya hari itu..

"Rasanya sudah cukup untuk jualan hari ini, lebih baik aku pulang ke rumah" kata pemilik kedai minuman itu..

Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan seorang wanita tua yang sudah lajut usia yang menjual manisan ditepi jalan...
Lelaki itu berasa simpati, oleh kerana dia memperoleh untung yang banyak pada hari ini dia pun membeli kesemua manisan itu...

"Saya hendak membeli kesemua manisan ini" kata lelaki itu tersenyum lalu menghulurkan sekeping RM100

"Terima kasih semoga Tuhan yang dapat membalas jasa kamu" kata wanita itu tersenyum pula sambil membungkus manisan itu...

Wanita itu berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah...
dalam perjalanan pulang kerumah,,wanita itu berhenti sebentar di kedai daging untuk membeli daging kambing untuk anaknya dirumah...

Setiba dirumah wanita itu memberi daging itu kepada anaknya untuk dipotong didapur..anak itu bersa sangat gembira..apa yang lebih mengembirakan hati saya ialah anak itu merupakan kanak2 kecil yang memberi wanita yang sedang mengais itu sehelai sapu tangan...TamaT...

Ha....macam mana banyak tak kesimpulan dan pengajaran yaang anda semua dapat disini kan?

1# Jaga percakapan kita,,,budi bahasa budaya kita....betulkan tatabahasa anda ya?
2# Senyum dan sentiasa berbuat baik ini kerana setiap amlam yang baik walaupun sebesar zarah sekalipun  Allah S.A.W tetap akan memberi balasan atas nya....





Friday, March 18, 2011

Seni itu artistik....

Rindu seh aku...dah beberapa bulan aku meninggalkan alam persekolahan rendah aku...rindu sangat seh...


Kawan-kawan Tahun 6....5A's UPSR candidate

OK2...lupakan kisah lalu..mulakan entri baru...

Entri kali ni nak citerpasal aku dah jumpa Photoscape 3.5 yang aku ingini..dan Picasa ....Software ni adalah untuk mengedit gambar..menjadi lebih menarik seperti gambar dibawah.....







Amacam,,smart? kalau nak lagi..tgk kt FB aku....
Aku rasa macam nak serius dalam bidang ni..tapi kalau difikirkan macam nak freelance je...
sebab aku pun masih tengah belajar kat SMAKJ,Kluang...Tahfiz lagi....
Cuma aku harap dapat jadi ketua editor majalah sekolah menjelang 2015..mase 2 aku dah form 5....cayokk!!
senior....Super Duper Senior...

Tinggalkanlah komen anda ya...kalau ada yang berminat untuk menggunakan khidmat aku pun apa salahnya...
e-mail je kat aku....alamat dan no telefon...ok?

Hahahaha..melalut pulak aku ni....ok..
Korang tahu apa itu seni? x tahu cakao je..jangan asyik angguk je!!!...(kurang ajar seh ayat)...

seni itu artistik..suatu karya atau ciptaan yang cukup mengagungkan...seperti seni silat..lukisan,, tarian dan lain2.....seni juga ialah suatu benda yang dicipta dan sangat kreatif ,inovatif dan krisis...

Ada lagi satu software iaitu Adobe Photoshop 7.0...yang  aku telah telah aku update....hehehe..

Aku dah lama tak mengupdate blog..dan mengEdit gambar2...tapi lepas jumpa ngan seorang senior aku..nama nya Multazam....aku terus macam...WOW!!. aku bersemgata semula dan menyimpan hasrat untuk menjadi ketua editor menjelang 2015....(macam aku pernah cakap je ayat ni?)

Aku harap kan sangat doa korang semua...


Tuesday, February 1, 2011

Alaf Baru (kisah aku & SMAKJ)


Lencana diatas merupakan sekolah baru aku..... dimana lembaran hidup baru aku bermula...iaitu di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang....

5 Januari merupakan hari pendaftaran..
"dupdupduop!!"...jantung aku berdegup kencang seperti gendang!

Aku rasa takut sangat masa tu...ada jugak rasa happy yang teramat sangat..biasalah dah nak dewasa...Selepas bersalam-salaman dengan mak bapak aku..dan diorang pun bertolak pulang tiba-tiba, hati aku menjadi..
Sayu Sedih dan Syahdu

Tetapi itu sementara dan kadang-kadang sahaja selepas setelah lama aku berada di sana...DAN!

BERMULALAH..hidup dan dunia baru aku..aku telah berjaya memasuki kelas 1 Arabi dan kemudiannya dipindahkan ke kelas 1 Taimiyah...kelas Tahfiz gitu lol!....
dan aku difahamkan aku dan teman2 seklas Tahfiz ku ialah generasi keempat tahfiz..

Aku rasa happy masa dalam minggu orientasi selama 3-4 hari gitulah....
Dan masa majlis penutup minggu orientasi atau dipanggil minggu ukhwah...aku dan sahabat aku(sahabat baru)..Syed Ibrahim diminta untuk membacakan al-quran manakala aku diminta untuk membaca tafsirnya...hahahah! lantangnya suara aku membaca tafsir..
Masa baru masuk aku ahlah jadi ketua kumpulan ..oklah....
pastu jadi ketua Dorm..oklah...
yang paling mantop! ketua Batch!..brrrr!!! baiklah!

senyuman bahagia,,,,

Puas hati aku dapat tulis entri-entri ni semua....dan kalau ada apa2 pandangan dan pertanyaan korang semua bolehlah tinggalkan pesanan kat Wall FB aku...

-Last but not list pandai2 jaga diri di alaf baru ini-


Sunday, January 2, 2011

Through My Window

Hahaha....sengalla padahal aku kata entri aku akan habis dientri yang bertajuk " entri yang tiada penyudahan "....

Tapi aku siap tulis entri tahun barulah..macam2 la...

Tapi aku yakin ini entri aku yang terakhir sebelum aku bertolak ke sekolah menegah aku..di Kluang...

Dikesempatan ini aku nak ucapkan salam saynag buat kawan2 aku keluarga aku..dan "orang itu" yang aku amat sayangi...Aku mintak maaf andainya aku sakiti korang semua sepanjang aku berada disamping korang aku mintak maaf sangat..aku sengaja guna tajuk lagu..dan lagu blog  sama..sebab lagu ini ada sangat kena mengena dengan entri ini...


Teruskan usaha korang semua menulis blog..kepada blogger2 yang aku kenal seperti Freeze,Inas,Hakimah and so on...aku ucapkan selmat maju jaya dalam penulisan blog....

"Practise make Perfect"

tapi seblum 2 aku nak korang senyum dan cari apa yang tak kena dengan gambar di bawah...
(sila tinggalkan komen ya?)


-Luv u all and peace no War-

Thursday, December 30, 2010

Entri tahun baru

Perhatikan gambar dibawah.....


#1: Apa yang korang fikirkan bila korang tengok gambar diatas

Mungkin:

"Apasallah aku tulis entri pasal pokok yang daunnya nak gugur" (ni aku yang fikir)
"Kenapa lambat nak akhir tahun 2011?"
"Bilalah daun dekat pokok tu nak gugur?" and etc.

Dan lain2....merepek jela...kalau ade yang korang fikir yang lain dari aku tulis..sila tinggalkan komen ya?!


Korang tak payah fikir pun pasaal ape2 kat pokok 2...yang korang kena fikirkan cuti sekolah dah nak habis,, sekolah dah nak buka...UPSR tahun depan and so on...

SO, jangan asyik duduk depan komp.melayan Facebook ,Myspace, Twitter and so on...Blogger tak pe (siak la aku ni) Oh MEN...

Ni aku nak kasi kata2 pujangga yang aku tulis sendiri korang renung2kan lah ye?

"I f the time is Replay, then the gold will be return...So don't make the time replay again n again...Do the best on the day come.....try, try and keeping trying..You will got what you wanted..."

Sorryla kalau2 aku punya BI broken sikit...(Broken English la katekan)...

Dikesempatan ini aku mengucakan Selamat Tahun Baru Hijrah(sebab tahun baru Hijrah hari tu tak sempat tulis entri)..sengal tak aku ni...dan selamat tahun baru cina ,melayu, india..dan bangsa Malaysia...

     

Semoga tahun depan menjadi tahun yang cukup indah dan korang doakan lah aku bila aku kat sekolah menengah nanti..jangan lupakan aku 98gangz...KBR crew..last but not list my BFF....
Semoga tahun lalu dijadikan iktibar dan aku dah pasang azam dan bukannya pasang mentol untuk jadi yang terbaik...

Aku nak korang semua berjaya macam aku dan orang2 yang terdahulu daripada aku...
So, kalau nak bercintan-cintun tu agak-agaklah ye? (dengalah nasihat ini dari seorang sahabat)...

p/s: so sad this is my last change to erite a entry..so sad..i have too go now...love you.....I' m Yours!!!



Tuesday, December 28, 2010

Idaman lelaki

Tengok gambar diatas dan rungkaikan apa yang diingini lelaki dalam gambar ini...

#1: Muka yang kacak
#2: Badan yang tegap
#3: Populariti
#4: Six pack

Yang keempat merupakakn idaman aku sejak dibangku sekolah rendah..setiap hari bila bangun pagi aku buat senaman ringan dan sit up sebanyak 20 kali..
Namun tidak membuahkan apa2 hasil,,hanya membuahkan penat dan sakit2 badan...

Lalu aku menceburi bidang hoki yang menjadi sukan professional aku ...
setiap hari aku kena buat push up ,timbang bola 100 kali dan macam-macam latihan kecergasan...

Lalu terbentuklah otot dibahagian peha dan lengan aku seta tangan..boleh tahan besar gak,,hahah!!
Rasa macam tak payah aku tunjuk otot dipeha aku sebab aurat 2..hahahah!

Ini bukan rancangan realiti TV prank,,ini adalah realiti..This Is Real!!...

HAHAHAH..mesti korang terperanjat...memang aku pun tak percaya mula2.

kalau nak bina badan macam aku kena lah berdisipin dan kena jaga makan..dan perbanyakkan.. Work Out!
SO,,, ni sempena tahun baru aku nak berazam untuk jadikan badan aku sebagai aset utama aku sebagai lelaki..

p/s: tergerak hati nak tulis entri ni sebab terjumpa mamt ni baru tingkatan 3 dah ada six pck dan tangannya sungguh owesome...dia ialah blogger ni " Ahmad Faiz Zulkifli "....

Fotografi bukan sekadar Gambar

Aku nak dikatakan minat mengambil gambar ..minat sangat tetapi sayangnya aku tak cukup duit nak beli kamera mahal2 macam kamera DSLR ....


kalau boleh aku nak sangat kamera yang ni...I LIKE!!

Ini DSLR jenama Sony....aku memang minat kamera ni dari tahun 4...

Amacam ada beran?

Aku minat fotografi ni..apa bial masa tu,,kakak aku bagi kamera mak aku Panasonic/Lumix DMC-LZ8...dia suruh aku ambik gambar masa kerja kahwin sedara-mara aku kot mase 2....
Dulu ada kamera besar aku pun tak ingat sangat apa model nye (kecik2  tak ingat)...hahahah!!

Ni lah kamera nya...amacam boleh tahan jugak ?!

fotografi tu boleh diklasifikasikan sebagai satu hobi juga...namun bsgi setengah orang macam aku..aku menganggapnya sebagai seni...setiap sudut yang aku ambil memang cun...macam ni:


diambil semasa aku bercuti di Melaka dahulu kala...

Seni kasut...diambil menggunakan kamera Lumix DMC-FS42

Ni aku guna "stand" nak dirikan kamera memang aku rasa style gambar ni...

Anak cikgu aku..ni aku rasa gambar budak kecik yg keberapa entah  aku ambil??!!

ilham sendiri nak ambik gambar macam ni tau...

Gambar macam ni hanya boleh diambil dari sudut yang istimewa..

3D
last but not list..gambar macam ni kena betul sudutnya baru boleh nampak real aw!

penat mengulas mengenai fotografi ni..susah nak digambarkan..memang seronok...bagi yang belum menceburi bidang ni "cebur" la...haha..kalau2 boleh buat duit..apa salahnya!?

Latest kamera yang aku guna ialah Lumix DMC-FS42..

Ni harganya pun nak dekat RM1000...WOW!!! nasib baik mak aku punya duit

Aku rasa ni kot kamera yang masa kecik2 dulu pakai owesome..berat lebih kurang DSLR..mungkin kkamera ni sama la h bentuknya...Yang aku ingat jenamanya je ,,HP...


lebih kuranglah bentuknya...

OKlah sampai disini sahaja coretan minat2 aku dalm dunia ni...doakan kejayaan aku dlam bidang ni ye?!
-Wassalammualaikum-

p/s: Seronok menulis terlupa dah maghrib..Astaghfirullah!!!