Total Pageviews

Friday, December 24, 2010

Entri yang tiada penyudahan

Sebelum nak tulis....aku nak nangis dulu!!!


Ok! dah cukup-cukup (aku ni emotional jugak he?!)


MINTA MAAF kerana entri ini mungkin entri yang terakhir sebelum aku berangkat ke Sekolah Agama Kerajaan, Kluang(SMAKJ,Kluang)...dekat sana jarang aku boleh tulis2 blog ni...tulis sajak mungkin insyaallah tapi dalam buku je la....

aku rasa hampa dan sedih kerana tidak dapat menamatkan penulisan Nomik:Kem Cinta...aku minta maaf sangat2!



aku akan rindukan para follower2 aku semua....thank banyak2! kerana korangla semua sumber inspirasi aku untuk aku menulis...Terutama sekali kakak aku " Izzah Syahirah " yang banyak mengajar aku tentang cara2 menulis blog dan sebagainya...thanks alot !!!




Aku hanya dapat menghadiahkan korang sebuah bear yang comel2 ni je......

Nak cerita pe he?

okla cerita pasal satu kisah ni....

Teringat masa zaman kecik2 potong rambut....aku pergi lah ke kedai Wak Sarip...masa tu kedai 2 popular(sekarang lagi popular)....

Selepas sampai aku tengoklah ade satu keluarga ni...tengok mcam orang kampung tersesat kat tengah2 bandar....si maknya tak pakai tudung rambut perang,,anak rambut perang panjang pulak tu(lelaki anaknya semua sekali aku tengok4 lelaki seorang budak perempuan )...

Bermula kisah apabila si abang budak kecik tadi (yang perempuan) ..yang kedua kot..sebab aku dengar dia panggil abang dia Angah...bukan Ah long aw!!

Dia ikutla abang nya keluar sebab masa tu budak tu nak terberak tapi tak ada orang nak teman..so, si Angah yang baru abis potong rambut ala Mohawk ,, 2 pon keluar dari kedai menuju ke masjid berdekatan untuk teman adiknya berak...kat luar kedai tu..si Angah pon mengeluarkan kotak rokok dan ingin menghisap rokok...

Tiba-tiba si Adik menjerit "Abang jangan! jangan merokok nanti mulut ngan muka Angah jadi hitam" kata si Adik dengan lantangnya!

Aku yang duduk kat dalam kedai terdengar macam nak berdekak-dekak ketawa..terbahak-bahak..aku ketawa di dalam hati ketika itu..Lalu si abang terus melarikan diri sambil menyimpan rokok dan meneman si adik ke tandas...

So, moral of the story..."setiap sedutan membawa padah" ,,ceh.....jangan lah hisap rokok kerana rokoklah permulaan kepada kejala salah guna dadah....aku tengok budak zaman sekarang...baru umur 9 tahun pun ade yang dah mula merokok..nak salahkan siapa ?

ibubapa?
diri sendiri?
masyarakat?
kawan2 bawah blok?(budak yang duduk kat flet jangan terasa hati)

Kita renung-renungkan lah ye.....

jadikan kisah diatas sebagai iktibar...cerita diatas adalah REALITI..BUKANnya  rekaan semata....

Ada faham? bagos.....Aku Muhammad Zikri Hakim bin Baderulhisham...
menegah rakyat Malaysia dari merokok...

Anda merokok...anda sengsara...siapa ada otak fikir..jangan sampai ..Rosak Kepala!!
itu sahaja pesanan khidmat masyarakat ini dari aku....




LAST BUT NOT LIST....


I will miss you all....terus giat menulis blog... ye u all!!


akhir kata dari aku... Waabilahitaufiqwahidayah Wassalammuaalaikumwarahmaturallahhiwabarakatuh!


-Jangan Hisap Rokok Jangan Hisap Dadah-

p/s: entri ditulis dengan penuh perasaan....sakit otak nak tulis entri ni....sambil mendengar lagu Sixth Sense-Cinta Mati ku....

No comments:

Post a Comment