Total Pageviews

Wednesday, December 1, 2010

Nomik: Kem Cinta : Bab Satu

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Angin yang sejuk menghempas di tubuh yang tegap yang berdiri di tepi cermin bilik nya memikirkan masa hadapannya pada suatu hari nanti. "Hidup aku mesti kacau-bilau selepas ni" kata jejaka yang berbadan tegap itu. Lelaki itu ialah pontianak kelahiran Lord Drac dan Prucularince pada tahun 1998 dan kini lelaki itu berusia 16 tahun.Nama nya ialah Mika Trans Lord Drac .Umur nya lebih tua dari waktu manusia yang sebenarnya ini kerana pontianak tidak akan mati. Oleh itu waktu mereka bergerak pantas. Tiba-tiba pintu kamar Mika di buka secara perlahan. Orang yang membuka pintu kamarnya ialah ibunya yang tercinta. “Bonda, kenapa nasib Mika sebegini malang ?” rungut si Mika kepada ibunya. “Sabarlah wahai anak ku.....ini semua adalah ujian dalam menghadapi kehidupan seorang Pontianak Remaja, ramai jugak remaja yang berperangai seperti kamu bukan nya kamu seorang jerk.....” balas ibunya. “Lagi pun, kem itu hanya mengambil remaja yang terpilih...dan, kamu amat beruntung”balas ibunya lagi.
            Beberapa minit kemudian,Ibunya beredar dari kamar beradunya untuk menyambut kepulangan ayahandanya.... “AH! Malas aku nak pergi,Bukannya aku nak melawan takdir tetapi ini tidak adik bagi Pontianakremaja seperti aku ini”. “Padahal aku hanya melakukan kesilapan sedikit iaitu menceroboh kawasan penjara BlackDone”, Kata Mika didalam hati.
Jam dinding dibiliknya menunjukkan pukul 12.30 tengah malam, namun Mika masih belum dapat melelapkan mata kerana memikirkan nasibnya di Kem itu nanti.Tiba-tiba“HIKKKKKK....!!BUKKK!!” Bunyi pintu kamar ayahnya berbunyi.Mika bingkas bangun dan berpura-pura tidur di atas katilnya. Dia tahu itu tandanya ayahnya baru keluar dari Bilik Bacaannya.Ayah Mika merenung kearah Mika yang berpura-pura tidur. Ayahnya mempunyainkuasa iaitu melihat masa lalu dan bisa mengeluarkan api dari bebola matanya yang menyeramkan itu.“Kamu seperti baru semalam bertemu dengan ayah...ayah tahu kamu letih memikirkan tentang kem itukan?”Tanya Lord Drac dengan suaranya yang garau. “Saya mati akal...saya ingin juga hidup seperti manusia-manusia dibumi yang hidup bebas dan bergaul dengan remaja-remaja yang banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang hebat!, seperti ini” kata Mika sambil menghulurkan gambar grafik seorang lelaki melakukan Parkour iaitu seni bela diri Tricking yang mencabar ,ia juga mungkin juga sebuah sukan untuk membina semagat melakukan aksi-aksi menarik seperti backflip dan lompatan dinding menghadapi sebarang rintangan dihadapannya. “Merepek lagi kamu ni Mika, Ayahkan sudah berpesan jangan terlalu terpengaruh dengan budaya yang manusia-manusia bawa” balas ayahnya sinis. “Sudah, Jangan difikirkan lagi tentang itu...tumpukan perhatian terhadap kem yang bakal kamu hadiri ini” balasnya lagi sebelum beredar dari kamar Mika. “Aku benci kehidupan di Bandar V-empire ni...Bosan dan kuno...badan aku yang tegap ini masih mahu juaga disuruh pergi ke kem kanak-kanak seperti itu” “Datuk banfar ni pun satu kenapa dia pilih aku?, ni mesti ada yang tak kena antara Datuk Bandar dan Ayahanda....mereka pasti ada rencana jahat terhadap aku!”

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ingin tahu kisah selanjutnya....?
ingin tahu apa yang akan terjadi keatas diri Mika?
        benarkah datuk bandar dan ayah Mika mempunyai rencana yang jahat terhadapnya?
Bacalah lagi episod akan datang...

1 comment: