Total Pageviews

Wednesday, December 1, 2010

Saat Keikhlasan dianggap Kasihan

Ikhlas, Itulah yang kata-kata indah yang pernah terlintas dibibit kata-katamu...
Tetapi, dirimu selalu menganggap keikhlasan itu suatu tanda kasihan terhadap dirimu...Sayangnya ,,,

Memang aku akui jelas adakalanya aku tidak adil untuk mu....
Namun...semua itu hanyalah mainan kehidupan dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar...

Aku ingin kau tahu bahawa semua yang aku lakukan selama ini adalah ikhlas untukmu...
Walaupun engkau tahu bahawa keikhlasan itu tidak bisa dizahirkan dengan kata-kata malah 'ia' adalah antara kita dan tuhan...

Aku berharap yang engkau akan menganggap aku ini ikhlas terhadap mu...
Aku akan terus berusaha untuk menjuarai hatimu itu....

Buat selama-lamanya hungga aku sudah tidak hadir disisimu...
Selagi ada nyawa seluruh daya kan ku pastikan kau gembira...
Segala rasa cinta dan saat bahagia..Oh Kasihku....Ke Akhir hayat ku...

Jika kita ditakdirkan bersama dan takkan engkau ku persiakan...



-Nukilan Hakim KBR Crew-
-Chill-
-I'm Yours 4 ever-

Nomik: Kem Cinta : Bab Satu

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Angin yang sejuk menghempas di tubuh yang tegap yang berdiri di tepi cermin bilik nya memikirkan masa hadapannya pada suatu hari nanti. "Hidup aku mesti kacau-bilau selepas ni" kata jejaka yang berbadan tegap itu. Lelaki itu ialah pontianak kelahiran Lord Drac dan Prucularince pada tahun 1998 dan kini lelaki itu berusia 16 tahun.Nama nya ialah Mika Trans Lord Drac .Umur nya lebih tua dari waktu manusia yang sebenarnya ini kerana pontianak tidak akan mati. Oleh itu waktu mereka bergerak pantas. Tiba-tiba pintu kamar Mika di buka secara perlahan. Orang yang membuka pintu kamarnya ialah ibunya yang tercinta. “Bonda, kenapa nasib Mika sebegini malang ?” rungut si Mika kepada ibunya. “Sabarlah wahai anak ku.....ini semua adalah ujian dalam menghadapi kehidupan seorang Pontianak Remaja, ramai jugak remaja yang berperangai seperti kamu bukan nya kamu seorang jerk.....” balas ibunya. “Lagi pun, kem itu hanya mengambil remaja yang terpilih...dan, kamu amat beruntung”balas ibunya lagi.
            Beberapa minit kemudian,Ibunya beredar dari kamar beradunya untuk menyambut kepulangan ayahandanya.... “AH! Malas aku nak pergi,Bukannya aku nak melawan takdir tetapi ini tidak adik bagi Pontianakremaja seperti aku ini”. “Padahal aku hanya melakukan kesilapan sedikit iaitu menceroboh kawasan penjara BlackDone”, Kata Mika didalam hati.
Jam dinding dibiliknya menunjukkan pukul 12.30 tengah malam, namun Mika masih belum dapat melelapkan mata kerana memikirkan nasibnya di Kem itu nanti.Tiba-tiba“HIKKKKKK....!!BUKKK!!” Bunyi pintu kamar ayahnya berbunyi.Mika bingkas bangun dan berpura-pura tidur di atas katilnya. Dia tahu itu tandanya ayahnya baru keluar dari Bilik Bacaannya.Ayah Mika merenung kearah Mika yang berpura-pura tidur. Ayahnya mempunyainkuasa iaitu melihat masa lalu dan bisa mengeluarkan api dari bebola matanya yang menyeramkan itu.“Kamu seperti baru semalam bertemu dengan ayah...ayah tahu kamu letih memikirkan tentang kem itukan?”Tanya Lord Drac dengan suaranya yang garau. “Saya mati akal...saya ingin juga hidup seperti manusia-manusia dibumi yang hidup bebas dan bergaul dengan remaja-remaja yang banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang hebat!, seperti ini” kata Mika sambil menghulurkan gambar grafik seorang lelaki melakukan Parkour iaitu seni bela diri Tricking yang mencabar ,ia juga mungkin juga sebuah sukan untuk membina semagat melakukan aksi-aksi menarik seperti backflip dan lompatan dinding menghadapi sebarang rintangan dihadapannya. “Merepek lagi kamu ni Mika, Ayahkan sudah berpesan jangan terlalu terpengaruh dengan budaya yang manusia-manusia bawa” balas ayahnya sinis. “Sudah, Jangan difikirkan lagi tentang itu...tumpukan perhatian terhadap kem yang bakal kamu hadiri ini” balasnya lagi sebelum beredar dari kamar Mika. “Aku benci kehidupan di Bandar V-empire ni...Bosan dan kuno...badan aku yang tegap ini masih mahu juaga disuruh pergi ke kem kanak-kanak seperti itu” “Datuk banfar ni pun satu kenapa dia pilih aku?, ni mesti ada yang tak kena antara Datuk Bandar dan Ayahanda....mereka pasti ada rencana jahat terhadap aku!”

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ingin tahu kisah selanjutnya....?
ingin tahu apa yang akan terjadi keatas diri Mika?
        benarkah datuk bandar dan ayah Mika mempunyai rencana yang jahat terhadapnya?
Bacalah lagi episod akan datang...

Saturday, November 27, 2010

Sejarah Hidup yang tidak mungkin aku lupakan

Hari-hari berlalu...Begitu juga musim yang berlalu...
Walaupun begitu, kisah-kisah kita masih aku ingati dan aku imbaui...
Tidak tahu mengapa aku berasa gembira walaupun aku hanya menerima pesana mu yang tertulis ayat-ayat yang berbaut sesuatu yang aku selalu impikan...Yang aku selalu impikan..Dan ia telah pun hadir dihadapanku...Aku tidak akan mengsia-siakan nya...Aku ingin selalu menatap wajahmu yang suci...
Tetapi sayangnya aku perlu menempuh hidup yang lebih jauh lagi...
Aku tidak peduli kerana untuk Mu.....

Duhai Si pari-pari...Diriku ini ingin sangat, kalau kita dapat bersama-sama selamanya.....
Duhai Juwita...Jiwaku ini berjanji akan menjaga awak dengan sebaiknya..........
Duhai Pujangga...Diriku ini sanggup berjalan dia atas bara api semata-mata untuk mendapatkan buah kristal ais.....
Duhai Intan Payung...Daku selalu berangan untuk hidup dengan awak......

TETAPI......

MASA...malangnya perjalanan hidup kita masih jauh...
REALITI...saya sedar bahawa kita memang saling mengharapkan sesuatu keajaiban yang indah diantara kita...

WALAUBAGAIMANAPUN JUA...

USAHA....aku akan tetap berusaha untuk mendampingi kamu...
KASIH...aku akan kasih awak sampai hembusan nafasku yang terakhir...


Aku yang engkau percayai ini sanggup menulis sajak ini khas untuk Dikau yang amat teristimewa..

Indah SyurgaMu

Jikalau ku terkapai-kapai diawangan...aku hanya akan melihat hanya satu sudut..iaitu,,,,,
Syurga Firdausi....

Dan aku selalu berharap akan meniti hari disana suatu hari nanti....
Dan aku berharap ada seseorang disisi saya ketika itu...
Dan orang itu benar-benar tulus terhadap diriku...
Dan orang itu jujur dan setia kepada ku...

Jika awaklah orang itu..alangkah indahnya saat itu....

Disaat mata tertutup..Putaran bumi berhenti...Arah Jam mula melangkaui Masanya...
Disaat itulah cinta seseorang itu masih berdegup walaupun nadinya sudah lama terhenti..

Keteguhan seseorang itu hanya lah pada imannya..
Oleh itu,
Keteguhan sebuah cinta itu adalah pada dasar kasih sayang sesama insan...

-Kata-kata pujangga ini khas untuk orang yang tersayang-


 
 Hanya untuk awak hati ini dimiliki....                                                    Duhai pengubat rindu hati....



Friday, November 26, 2010

Hari bahagia aku...

Hari ini aku ada buat jamuan akhir tahun ngan budak-budak kelas sekolah agama aku..
best jugak aktiviti2 yang disusun oleh cikgu kelas aku iaitu Ustazah Mursyidah, yang banyak bersusah payah menjayakan jamuan ini..


Aku rasa sangat teruja sampai aku lah orang yang datang paling awal iaitu seawal pukul 2.00 p.m......
(tak ingat nak tulis bahasa melayunya)...
Padahal majlis bermula dalam pukul 2.30-3.00 ...tapi aku sengal nak datang awal-awal..pastu menanguk di air keruh...hahahah~!


Apa lagi nak cerita he?
Aku rasa seronok sangat lah hari ini tak tahu lah kenapa... tapi memang syok gilerp!


Dan! Perkara paling best iaitu "orang itu" bagi aku buku yang sangat best lah..dari tajuk nya pun aku sudah ketahui..macam mana isi nya...(Don't judge the book by the cover)..heheheh~!
Aku kisah apa....

Nilah antara gambar aktiviti-aktiviti disana...


 AKU 
Magic Time for Thinking Ghostly!

 AIMAN 


 ADIB DAN AIN BARU DATANG


 MAIN APA HA?


 FATIHAH MUKE DIA BLUR GILERRP!


 AQILAH DAN IECA SEDANG BEBUAL SAKAN!


 MAIN POKER SEMNTARA MENUNGGU CIKGU

p/s: muka Ungku blur

 INILAH "ORANG TU"
SYAFIQAH NAMANYA....

 SMART SEH AKU...


 BERGAMBAR DIHADAPAN KFC


 DI DALAMNYA...


 PUAN GURU BESAR,
HJH.ROKIAH BINTI HAJI DERMAWAN


ADIB DAN SHAKIR


 TOLONG BETULKAN SPECTH AKU JAP...


 TUNJUKKAN ORANGNYA...


 HANA MELANTAK!


Fakhrul: TENGOK ITU GAJAH TERBANG!
(yang baju hitam)

 GAMBAR DARI BAWAH...


 FATIHAH DENGAN ZETTY
siapa nak nombor diorang minta dari aku...




KOTAK BERACUN KE?

MEGAT MENGGILA MINUM SOS CILI
this is real !!


 SHAKIR MENERIMA HADIAH DARI PUAN GURU BESAR


 ADIB PUNYA TURN...


UNGKU DAN SETERUSNYA...


Majlis tamat pada pukul 5.00 petang dan kemudiannya bersurai!

Inilah sedikit kisah-kisah hidup aku hari ini.....
yang buruk dijadikan sempadan yang mulia dijadikan pedoman hidup......

-IKHLAS DARI HATI-
-I'M YOURS 4 EVER-

Kalau nak tengok2 gambar yang lain pergi Facebook aku...thanx!
http://www.facebook.com/SyaKim98

Thursday, November 25, 2010

Kenapa dia , macam , Itu ?!

Hari ini second last peksa tapi dia macam lari dari aku...kenapa he?
Aku ada buat silap ke?
Ke aku tak layan dia?

Oh, Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi maha Mengetahui......
Engkau bantulah hambaMu ini.....
semoga hati nya terbuka dan bisa menerima aku...

Tetapi kalau dia tidak mahu aku tidak kisah..kerana aku tidak mahu mengganggu hidup nya..
Serta aku tidak mahu membabitkan nya didalam hidupku yang serba bahaya ini......


Jikalau dulu dia berada disisiku ku ,,,sekarang mesti dia lebih memahami..

-Aku  Tetap Akan Menunggu Kamu-

Wednesday, November 24, 2010

Kerana Kau dan Aku : I'm Yours for Ever

Disaat ku terasa terhina,kau hadir di sisiku....menenangkan aku....
Tetapi disaat kau tercari-cari jawapan yang sebenarnya ku tidak hadir di hadapan mu....
Aku tidak adil untuk mu...maafkan aku...

Aku berharap kau selalu hadir dihatiku ini..tetapi aku malu bersua dengan mu....
Aku selalu ingin mendampingi mu buat selama-lamanya.....Tetapi aku tidak berdaya...
Aku harap kau baca kiriman ku ini....
Kerana Kau dan Aku...cinta bisa bersatu dan kekal...
Sudikah dikau menjadi milikku selama-lamanya...

Kerana disaat aku mula ke alam baru...
Aku akan menemui kehidupan yang tidak aku pernah sangka...
Semoga engkau bisa membimbing aku kejalan yang benar!
Kerana aku adalah milikmu buat selama-lamanya..

Sehinggalah tuhan menarik ku kembali..kerana Tuhan ku lebih menyayangiku...
Baru kau tahu bahawa sekujur tubuh yang tidak bernyawa itulah yang engkau pernah sayangi dulu...
Ku selalu berharap kau akan menjadi milik ku....
Sebelum aku menutup mata....
Biarlah kutatap matamu yang indah dan wajahmu yang suci buat kali yang terakhir

-Aku Tetap Milik Kamu-

p/s: Kiriman ini adalah KHAS untuk Ibu dan Ayah ku, Adik beradikku, dan Kiriman ini juga khas untuk Orang yang Aku  amat Kasihi...

Kesulitan!!!!

Nomik: Kem Cinta akan ditulis lewat sedikit akibat berlaku kesulitan di dalam penulisan nya...

Harap dapat bersabar....

Para pembaca boleh membaca entry2 saya yang terdahulu,,,,
terima kasih....

-HARAP MAKLUM-