Total Pageviews

Friday, May 24, 2013

Monday, December 3, 2012

Hero Kita


Salam Mahabbah!

Semua pembaca mungkin masih dalam mood cuti dan having fun life bersama keluarga,,,OK!
Dalam entri kali ini,,saya cuma ingin berbicara mengenai HERO!




kalau kita bercakap je pasal hero..orang yang selalu dikaitkan adalah lelaki atau wanita dengan sut yang canggih dan logo2 yang terdapat pada sut ketat mereka...Kanak2 dan dewasa memang tidak terlepas untuk meminati watak2 tersebut..Mereka semua digambarkan penuh dengan sifat kewibawaan dan profesional dalam melaksanakan semua tugasan mereka...membanteras jenayah dan anasir2 di dalam bandar mereka macam Batman dan Robin yang bersatu membanteras jenayah di Kota Gotham...

Namun, pernah tak kita fikir bahawa semua ini berasal dari barat,,, yang sebenarnya hadir untuk merosakkan minda masyarakat sekarang yang terus hanyut dibawa arus pemodenan yang semakin pesat!!
Golongan muda amat diperlukan dalam melaksanakan rancangan ini...bila ada sahaja pertandingan cosplay saya yakin dan pasti mesti ada dikalangan kita yang turut dalam aktiviti tersebut...
Otaku atau golongan yang ekstrimis dalam bidang komik dan games...masyarakat Jepun merupakan masyarakat yang paling majoriti mempunyai Otaku yang ramai...


sehingga suatu tahap mereka mengadakan satu universiti nuntuk mengkaji mengenai 'mereka2' ini..

Kenapa mereka jadi begitu ekstrimis terhadap manga dan games?

Jawapannya mudah,,sebab mereka minat dan mereka tahu bahawa perkara itu boleh memberi mereka kepuasan....padahal tak pun 'sebenar'nya...=='

Namun, pernah tak kita terfikir untuk jadikan hero kita itu dalam konteks islamik version... tak perlu sebenarnya kerana Hero kita yang SATU itu sentiasa dekat dengan kita...DIA lebih daripada sekadar pembanteras jenyah..dia juga lebih daripada pembanteras kemaksiaatan .... hero selalunya perlukan kuasa tapi Hero kita tetap dengan kekuasaannya sejak azali...Dialah ALLAH S.W.T.....
                                                 
 **************

Tapi kita boleh juga sebenarnya nak cipta hero kita sebagai Motivasi terhadap diri kita...saya masa kecik2 dulu pernah termimpi nak cipta se "superhero" saya sendiri....

 rupa dia lebih kurang macam nilah...

Dia ada power macam dekat atas ni..tapi yang gambar ni gambar Gambit X-men:Origins...saya memang minat yang kartun ini...

Tapi versi saya dia akan gunakan kad yang ok sikitlah..macam kad fon ke...kad topup ke...hehe...
lepastu islamik sikitla...dia kalahkan penjenayah pastu tinggalkan pesanan untuk penjenayah tu..supaya kalau orang tu kalau masuk penjara dia boleh buat refleksi diri masa dalam penjara.....





Saturday, December 1, 2012

Cinta sebagai Tarbiah?






boleh ke Cinta jadi tarbiah kepada kita untuk kita lebih dekat kepada Allah....?

Jawapannya : Boleh! sebab cinta maknanya umum...boleh kata cinta pada Nabi ,,,cinta pada Ilmu,,tetapi hanya ada satu cinta je yang boleh membawa kita kepada Syurga...

Iaitu...

Cinta kepada Allah S.W.T, Hal ini demikian kerana,bila kita cinta kepada Allah maka kita akan jauh dari suatu penyakit yang berbahaya...ianya bukan sebarangan penyakit macam H5N1 ke...atau H1N1 ke...penyakit ni ialah penyakit jiwa iaitu...penyakit wahn iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan mati..
Hal ini benar-benar berlaku dalam norma masyarakat islam zaman ini...

Kenapa ianya berlaku?
kenapa tak dibendung permasaalahan ini?
Bagaimana cara untuk menghentikannya?

kenapa takutkan mati sedangkan kita cintakan dunia?,,jangan kita tersilap tafsir kerana pada zaman Rasullulah dulu pun pernah berlaku peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan penyakit jiwa ini..contohnya pada suatu ketika ketika penghijrahan Nabi ke Madinah ada para sahabat yang takut untuk meninggalkan harta benda serta  ahli keluarga yang tidak mahu turut serta berhijrah..namun, mereka juga mahu untuk terus berjihad maka Rasullulah berkata: "Berpeganglah dengan agama Allah nescaya Allah akan menjagamu".

Disini menunjukkan bahawa kalau kita mengambil islam sebagai cara hidup InsyaAllah,,,Allah akan menjaga kita...Kalau kita lihat saudara kita di Gaza dan Palestin kenapa mereka tetap cekal walaupun meraka ditindas oleh zionis yang tak berhati perut...ini kerana ,mereka ada semangat Jihad yang tinggi..mereka atak memikirkan dunia yang pedih..namun mereka memikirkan Akhirat yang bahagia di sana..

Oleh itu, kita di sini ini jangan terlalu memikirkan cinta pada Dunia...cintakan manusia boleh namun jangan terlalu obses,,,carilah cinta yang membawa kita ke Syurga ...cerita 2 ini banyak saya dapat semasa membaca novel Matahari karya Hilal Asyraf..dalam buku berkenaan ada tertulis :-

"Jadilah sepertinya,
sinar kepada semua,
sumber tenaga segala,
paksi untuk semesta,
sinarnya sampai,
walaupun gelita,"

#Matahari..


Saturday, June 2, 2012

4 Perkara


Sabda Rasullulah S.A.W:

1) 4 perkara yang membuatkan badan sakit:
-TERLALU Banyak bercakap
-TERLALU Banyak Tidur
-TERLALU Banyak makan
-TERLALU Banyak bertemu dengan orang ramai

2) 4 perkara yang merosakkan tubuh:
-Kerisauan
-Kesedihan(risau/sayu hati)
-Lapar dan Dahaga
-Tidur lewat malam

3)4 perkara yang menyebabkan kering muka & membuang seri muka:
-Menipu
-Tidak menghormati / kurang ajar (mendesak pada sesuatu yang salah dengan disedarinya)
-Menghujah tanpa pengetahuan dan maklumat yang mencukupi.
-Melakukan sesuatu yang tidak bermoral dengan keterlaluan(melakukaan sesuatu tanpa rasa takut)

4) 4 perkara yang meningkatkan kelembutan wajah dan keseriannya:
-Takwa
-Setia
-Murah hati
-Selalu menolong orang ramai tanpa dipinta

5) 4 perkara yang menyekat Rezeki:
-Tidur di awal pagi (dari Fajar sehingga terbit Matahari)
-Tidak menunaikan Solat atau tidak kerap solat
-Malas/ bersifat kemalasan
-Pengkhianatan/ tidak jujur

6) 4 perkara yang memberikan/meningkatkan Rezeki:
-Qiamulail(mendirikan solat malam)
-Memperbanyakkan Taubat
-Selalu beramal jariah
-ZIKIR (mengingati Allah)

Sumber: Hadith

renung-renungkan dan selamat beramal...

seni itu artistik Pemikiran Terbuka.....


Kereta Dua Alam









BENTUKNYA tidak ubah seperti kombinasi bot dan kereta, sekali gus memberi gambaran kenderaan unik ini mampu bergerak dalam dua alam berbeza.
Kelihatan cukup teguh menyusuri trek 20 meter yang bermula dengan laluan kering hinggalah kepada rintangan berair, kenderaan kerdil ini sebenarnya digerakkan dengan tenaga dibekalkan bateri. 
Itu adalah gambaran kasar pertandingan Kenderaan Elektrik Amfibia atau ‘Amphibious Electric Vehicle’ yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Wajah riang jelas kelihatan pada peserta daripada kategori sekolah 23 pasukan dan kategori terbuka - 33 pasukan terbuka. Sambil bersemangat melihat kenderaan masing-masing meluncur laju di trek, sesekali terdengar hilai tawa, terutama apabila kenderaan mereka memintas lawan.

Lebih meriah, pengunjung turut bersorak sebaik menyaksikan persaingan kenderaan mini itu, seolah-olah masing-masing kembali dalam dunia kanak-kanak.

Akhirnya, kumpulan ZRTJA yang mewakili Universiti Teknikal Melaka (Utem) mengungguli pertandingan kategori terbuka dengan tiga saat di depan pesaingnya, 1-RSV.

Menurut ahli pasukan ZRTJA, Amjad Saddar Md Isa, 22, mungkin ada beranggapan rekaan model kenderaan elektrik amfibia mini kelihatan mudah dan bagai kereta mainan, namun baginya, ia pertandingan yang penting.

Katanya, dalam pertandingan itu, dia serta rakannya menguji kemampuan mereka dalam menaik taraf model berkenaan supaya mampu memberi saingan kepada peserta lain.

“Segelintir individu yang menyertai serta menyaksikan pertandingan ini mungkin berasa ia hanya pertandingan ‘kereta mainan’ biasa, tetapi bagi pasukan saya, kami memandang serius ciptaan kenderaan dua alam ini seperti rekaan kenderaan sebenar.

“Kami menentukan bentuk, enjin serta bateri digunakan. Diringkaskan, kami mencipta model kereta 100 peratus berdasarkan kreativiti kami,” katanya.

Mengenai pengalaman pasukannya menyertai pertandingan itu, Amjad berkata, cabaran kali ini berbeza daripada pertandingan yang pernah mereka sertai.

“Sebelum ini pertandingan reka cipta kenderaan anjuran MyRobotz, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dan Pusat Sains berupa kenderaan solar.

“Namun tahun ini format pertandingan berubah konsep kepada penciptaan kenderaan dua alam dan tentunya persediaan menyiapkan kenderaan itu juga berbeza. Kali ini kami perlu mereka kenderaan yang benar-benar fleksibel di dalam air mahupun pantas di litar darat,” katanya.

Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Utem itu berkata, disebabkan cabaran berlainan, tekanan dirasai membuatkan dirinya kurang berpuas hati dengan rekaan keretanya walaupun pertandingan sudah hampir.

“Bayangkan malam sebelum pertandingan, saya serta rakan sukar melelapkan mata.
Kami berjaga sehingga jam 4 pagi kerana berasakan rekaan tidak cukup sempurna.
Setiap bahagian kereta kami teliti dengan berhati-hati bagi memastikan tiada masalah pada hari pertandingan.

“Kami bimbang kerana kenderaan dihasilkan perlu bergerak pantas dalam dua medium berbeza. Sudah tentu perkara paling membimbangkan saya ialah rintangan antara trek di darat dan air, yang mampu menyebabkan kereta terbalik kerana kegagalan kenderaan mengharunginya,” katanya yang meminati pertandingan reka cipta, terutama membabitkan kejuruteraan automotif.

Berbeza bagi rakannya, Mohammad Hazwan Ruslan, perasaan gemuruh tidak dapat menyaingi rasa terujanya menguji kepantasan kenderaan rekaan pasukannya.

“Memang gemuruh serta sedikit tertekan pada mulanya, tetapi sebaik melihat kenderaan ciptaan kami bergerak pantas di pelantar, keseronokan dan perasaan gembira jelas mengatasi segala-galanya.

“Terutama ketika perlumbaan pertama, kenderaan amfibia pasukan saya berjaya merekod catatan tujuh saat bagi trek sepanjang 20 meter. Pencapaian itu membuatkan segala tekanan dan kesusahan ketika menghasilkan kereta kami hilang begitu saja. Malah, ia catatan terbaik direkodkan ketika pertandingan berlangsung,” katanya yang mengimpikan peluang bergelar jurutera automotif Proton Holdings Berhad.

Dia yang berasal dari Bukit Baru, Melaka berkata, kejayaan pasukannya memenangi pertandingan tidak datang bergolek, sebaliknya berkat kesungguhan mencari kesempurnaan dalam memastikan kereta dua alam tahan lasak dalam beberapa siri perlawanan.

“Bayangkan ada saja masa terluang, kami habiskan untuk menyiapkan kenderaan berkenaan. Kami perlu mempertimbangkan segenap segi yang mampu membantu kenderaan kami kekal pantas.

“Daripada rekaan bentuk hinggalah penggunaan material bagi memastikan kenderaan kami bukan saja laju tetapi kekal stabil sewaktu menyelusuri jalan berbeza,” katanya.

Rakannya, Muhammad Razil Razali, 21, berkata pemilihan material bagi membina kenderaan amfibia sangat penting dan bahan digunakan perlu ringan, sekali gus membantu kereta bergerak pantas dalam apa juga keadaan.

“Sebaik-baiknya ia kalis air supaya tidak berlaku penyerapan air yang bakal menambah beban kenderaan. Terbaik setakat ini yang mempunyai kriteria berkenaan ialah gabus.

“Tambahan pula, kereta perlu melalui beberapa siri perlumbaan. Tidak mustahil setiap kali melalui ‘medium’ mengandungi air, kereta menjadi perlahan kerana air menyerap pada tayar dan badan kenderaan. Kadangkala akibat terlalu kerap terendam dalam air, enjinnya turut mengalami gangguan.

“Oleh itu, kami perlu membuat persediaan rapi atau ‘back-up plan’ andainya berlaku kerosakan,” katanya yang mengakui pernah menghadapi saat mencemaskan pada pusingan ketiga di mana kenderaan pasukannya terbalik.

Katanya, ketika itu ada juga rasa ingin putus asa kerana ada kerosakan kecil pada enjin kenderaan, namun ketika enjin dikeringkan dan bateri ditukar, kenderaan pasukannya kembali berfungsi.

“Sebaik kereta terbalik, enjin kereta terkena air. Kereta gagal bergerak, menyebabkan kami ingin menarik diri. Mujur rakan menyarankan enjin kenderaan dikeringkan, begitu juga dengan komponen lain.

“Alhamdulillah, ikhtiar kami berhasil dan akhirnya pasukan kami berjaya bertahan sehingga menjuarai pertandingan.

“Ia memberikan kami semangat untuk menyertai lebih banyak pertandingan kelak,” katanya yang berminat dengan teknologi Honda dalam perusahaan automotif.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan Mosti, Datin Nur Wahidah Wong Abdullah berkata, pertandingan mendapat sambutan menggalakkan meskipun julung kali diadakan.

“Mosti selaku penganjur bersama MyRobotz dan Pusat Sains Negara berasa kenderaan dua alam boleh memperluaskan lagi prospek kreativiti mereka yang menyertainya.

“Boleh dikatakan kebanyakan yang hadir dalam pertandingan ini atas faktor minat berbanding ganjaran ditawarkan.

“Ramai sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menguji kenderaan masing-masing. Ini menunjukkan ada juga golongan meminati bidang reka cipta di Malaysia.

“Dengan adanya golongan ini, kami berharap mereka akan terus menyertainya dan pihak saya berusaha menyediakan kemudahan dan membantu penganjur seperti MyRobotz untuk menganjurkan pertandingan berkenaan pada skala lebih besar,” katanya.

Keajaiban kalimah "ALLAH"




Vander Hoven, seorang pakar Psikologi dari Netherland, mengumumkan sebuah penemuan hebat mengenai kesan membaca Al-Quran dan menyebut perkataan Allah berulang-ulang kali keatas pesakit-pesakitnya dan orang biasa (yang tidak sakit).

Seorang Professor Dutch mengesahkan penemuan itu bersama dengan pemerhatian dan kajian yang dijalankan keatas ramai pesakit dalam tempoh 3 tahun. Beberapa pesakit itu ialah bukan beragama islam (non-muslim), yang mana mereka itu tidak bertutur dalam bahasa Arab dan mereka dilatih untuk menyebut perkataan "Allah" dengan makhraj yang betul dan jelas; hasilnya amat memberansangkan keatas semua peakit yang mengalami tekanan perasaan dan kepatahan semangat dalam hidup.

Al-Watan, media Saudi melaporkan bahawa dipetik berkata Muslim yang boleh membaca Arab dan orang yang boleh membaca Al-Quran setiap waktu akan dilindungi dirinya dari penyakit psikologi .
Beliau memberitahu mengikut kajiannya bahawa dengan menyebut huruf pertama daripada perkataan "Allah"    iaitu huruf (A) atau (Alif), yang disebut melalui sistem respiratori (penafasan), sambil mengawal penafasan. Beliau menambah lagi, dengan menyebut huruf velar (L) dalam gaya bahasa Arab (Lam) dengan lidah menyentuh sedikit bahagian atas lelangit yang menghasilkan jeda pendek dan kemudian mengulangi jeda sama sentiasa, menenangkan aspirasi.

Selain itu, menyebut huruf terakhir, yang huruf itu mempunyai kaitan di antara paru-paru dan jantung dan seterusnya hubungan ini mengawal degupan jantung.
Apa yang menarik dan pelik mengenai penemuan ini ialah ahli psikologi ini ialah orang yang bukan  beragama islam (non-muslim), tetapi beliau lebih berminat tentang pengajian Sains Islam dan mengkaji tentang rahsia mengenai KeAngungan Al-Quran (The Secret of the Holy Quran) .

Wassalam....

sori kalau bahasa ini ditulis agak celaru...bagi maklumat lanjut boleh ke laman ini..The Word Allah
entri ini dah lama nak ditulis tapi aku tak sempat2 nak tulis....semoga kita sebagai Ummah Islam membuka pemikiran kita dan berfikir mengenai perkara ini...entri ini translate dari bahasa Inggeris...
Allahuakbar!
sumber: Yutube.com


Artistik Satu cara Dakwah!

Friday, June 1, 2012

Kegilaan Realiti Artistik



Assalam, Pergh! dah lama seh aku tak post...rindu...
sibuk sikit la ..struggle nk mid year exam...

Abis peksa hari itu aku kluar gi bandar aku usha2..jalan kt bandar..pas2 terpandang cermin mata OKLEY...ala2 mcm yg atas 2...pergh..lawa gila..aku apa lagi tros amik....beli....pakai..
komen yg d'trima amat memberansangkan....
TETAPI!!! ada gak komen yg x gerek...mcm ni:

"woi...x gereklah..mcm old fesyen la...."
"Ni mesti pasar malannye..an? yg cermin celup 2 kan...ceremin celup2...(macam iklan).."


aku buat tak tahu je....aku terus bergaya....lol!

Tukar topikla....

balik cuti ini aku dipengaruhi oleh kakak aku...dia tunjuk pasal Mat Lutfi..... gerek seh...korang dah tengok belum...ni antara video nya...







gerekkan...di duduk kat Australia...belajar pasal arkitek gitula...

ok wasalam..nnti aku post lagi vid...dan entry...gerek...

GEREK SEH....Seni itu Artistik!

Tuesday, December 6, 2011

U.K.H.U.W.A.H




Ukhuwah! Ukhuwah! Ukhuwah!


itulah satu-satunya jalan untuk menguatkan lagi keutuhan Ummah kita...tanpa ukhuwah kita tak akan mencapai kejayaan...sedar atau tidak mengenai perkara ini?




Lihatlah....dengan terjalinnya ukhuwah antara kuda dan lelaki tersebut maka lelaki tersebut berjaya menyeberangi halangan terbabit...

begitu juga dalam memupuk sesebuah ukuwah..kita perlu menghadapi dugaan dan cabaran sebelum mencapai kejayaan...ini kerana dalam Al-quran telah menyatakan..bahawa Allah tidak akan memberi Hambanya dugaan  yang hambanya tidak berkemampuan...Allah memberi dugaan mengikut kemampuan kita..InyaAllah...

Dalam hadis,Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Hak seorang Muslim atas seorang yang lain ada enam. Di antara para shabat ada yang bertanya : Apa saja ya Rasulullah ? Baginda menjawab:
1) Bila kamu berjumpa dengannya ucapkan salam....
2) Jika ia mengundangmu, penuhilah...
3) Jika ia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah...
4) Jika ia bersin dan memuji Allah hendaknya kamu mendoakannya...
5) Jika ia sakit jenguklah...
6) Jika ia mati hantarkanlah jenazahnya...


OK.....jika kita hendak merapatkan lagi ukhuwah antara kita dan orang disekeliling kita..mka amalkan lah perkara yang diamanahkan oleh Rasul kita..

Kita menjaga ukhuwah antara muslim..tetapi kita juga perlu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia yang bukan islam juga...
Hablu minnaAllha...Hablu minannas...










Friday, September 2, 2011

Vampire Love Story

Inilah post yang aku cakap tempoh hari...pasal entri bhasa inggeris 2.....bacalah..pastu korang komen lah he?!


"Dam"

The sound of the can that drop from thevending machine could be heard clearly in the silent night that lighted by the full moon. The park look very spooky that night .Coca cola hits the spot fot those who are in thirsty. Why am  I doing here that night ? This is because I want to forget all about assignment that my lecturer gave me. Suddenly, I saw a girl standing underneath a lamp post. From afar, I saw that she's a beautiful girl, as beautiful as a rainbow. She stole my heart. I must be as brave as lion to confess to her , I would loose this change . I walked towards her and said "Hello beauty, are you alone ?"she stayed silent as quiet as mouse. After a minute, she smiled and said "Do you know who I am."Confused, I replied "No,that's why I want to know who are you, so that I could be with you...she turned her head and looked directly into my eyes. I saw that she has a beautiful red eye. Now she really is taking over my heart !, she said do you believe in the existence of vampire?" I was shocked to hear her question. Then she continued "I am one of them .At first, I don't believe what she just said ,thus looking at her red eyes and pointy teeth I was prexty sure that she's not lying. Then I said  "I don't care if you are a vampire or a beast,but you have stolen my heart and I don't want you to leave me just like that.Can you accept me as a lover? I love you ." She was shocked to hear my confession .Then she nedded and said "Okey."  After hearing her acceptance my heart bloomed with flowers. I was as proud as peacock because I have made a relationship with a vampire ! I said to her that , for the truth I didn't think it will go as easy as ABC but it still made me feel as happy as lark. Then we spent all night together. I said to her that I've heard vampire having good voices.So, I asked her to sing me.At first ,she was a feeling a bit shy. But after I gave a lot of support to her to sing , She began to sing. When I heard her voice , I said to myself " This is better than I have expected Siti Norhaliza 's voice . I sat down and closed my eye to visualize her beautiful voice.

The next day , When i wake up , the first thing that pops up from my head is her, Maria Lavender, the vampire that had stolen my heart . Tonight! Iwant to meet her again but this time i must give some presnts for the lovely song taht she sang to me last night. I went to the bathroom, getting ready to go window shopping. I started my car, a mini cooper , a very expensive car. Firstly, I went to a jewellery shop to buy 100% pure gold necklace. I regret nothing to buy an expansive gift for an hour-1 O'clock sharp.I saw her flying towards me in tears .Why is she crying? What I've done?. Suddenly she opened her mouth and said in a melancholy like voice , " Humans and vampires cannot be together.It's just wrong." I was shocked, I could not take this," I replied "What happened to you? It is because of the sunlight?, if it is, then I will risk my life to protect you from the harshest sun. If it because you need blood, take my blood instead. Please ,please don't leave me alone!" I could not holding my tears any longer. She replied with non-stopping tears. "I love you, but this relationship must end, I cannot be with you!" Then she vanished into thin air as fast as lightning, leaving me alone under the fullmoon light. Since then I never saw her untill now. But when the full moon appeared, I sense a presence of some one watching towards me from afar. I know who. Do you?


Manda Afira, 2011©

Sunday, August 28, 2011

MerdekaRaya!


Saya Si Photographer ingin mengucapkan aelamat hari raya maaf zahir dan batin..halalkan makan minum..ubat gig,i sabun mandi dan..etc..yg saya guna ..minta dihalalkan....

Selamat menyambut kemerdekaan pada tahun ini..bersama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan pada tahun ini..kerana pada tahun ini kita akan menyambut MerdekaRaya!!

 Dan disini akau nak buat pengemuman lepas ni aku akan menulis lebih banyak entri dalm bahasa inggeris..itupun sebab aku nak publish karangan senior aku..dia power dalam buat citer-cite dalam bahasa inggeris..nanti aku publish korang bacalah ramai2 lepas tu komen...



Saturday, July 30, 2011

Seni Berdakwah : Failure or Success

Adakah anda sedar atau tidak..masa pada waktu kini semakin laju...
Apa yang kita tunggu menjadi lambat...apa yang kita tidak ingini menjadi semakij dekat dengan kita tanpa diduga oleh kita...
Tetapi sedarlah..sesungguhnya apa yang baik bagi kita ialah perkara yang akan menghapuskan kita...dan apa yang buruk bagi kita itu ialah perkara yang akan menyelamatkan kita..
Kita hanya perlu yakin pada diri kita....
Jangan ragu-ragu dengan keputusan yang maha Esa Allah S.W.T....
Untuk melakukan apa sahaja pun kita hanya perlu yakin....
Seperti contoh...kalau kita nak baling bola..masuk dalam bakul..cuba kita buat tanpa rasa yakin dalam diri kita,...pasti tak masuk punya..

Dalam kajian mendapati bahawa terdapat manusia yang tidak berjaya adalah kerana mereka tidak yakin akan diri sendiri...mereka mempunyai kebolehan tetapi mereka mempersia-siakan...

dan anda perlu yakin bahawa bukan kerana anda gagal sekali anda tak kan berjaya buat selama-lamanya...seperti orang2 ini...







Apa kata hati anda selepas menonton vid diatas....teruja untuk Berjaya,,??!!

Sesungguhnya kegagalan itu adalah sebuah jalan bagi berjaya dalam kehidupan didunia dan akhirat ..InsyaAllah!!
Jangan hampakan harapan hati anda ..kuatkan semangat...

Seperti pasukan ini.....



Kuatkan semengat menghadapi hari2 yang mendatang menuju Ilahi...Kita akan menghadapi Ramadhan tidak lama lagi...kuatkan Iman melawan Nafsu,,,InsyaAllah!.....

Saturday, July 9, 2011

Mencari Sinar yang hilang...


Sinar itu umpama Hidayah dalm hidup...dengan Hidayah Allah ..InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan...
Masyarakat zaman kini kurang mengambil berat tentang generasi akan datang...Genersi akan datang yang bakal dilahirkan seolah-olah dipertepikan...mereka menjadikan dunia ini haru biru,,,kebanyakkan mereka ialah orang yang beragama Islam..agama yang suci dan indah..tetapi dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku masa kini membimbangkan ...

Oleh itu marilah kita membangunkan semula Ummah kita..kita membina generasi masa hadapan yang gemilang dengan beberapa cara yang mudah seperti:
Menghantarkan post2 yang berunsurkan agama dan dapat membantu para blogger lebih kuat imannya....biar menyentuh di Qalbu...

Dari Anas b Malek R.A....

"Tidak beriman salah seorang dari mu (mu'min) sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri..."

Jadi marilah kita selamatkan saudara2 kita yang dalam kepeleseran duniawi...janganlah kita zuhud akan duniawi ini...ini semua sementara kita perlu fokus ke hadapan bagi menghadap Tuhan Yang Esa diakhirat kelak...

kita perlu mengambil berat tentang sahabat kita ..menasihati dia jika dia melakukan kan kesalahan..cegahlah..dengan tangan..jika tidak boleh cegahalah dengan kata2...jika tidak boleh juga..cegahlah dengan hati nurani kita...

Jika kita kerap melakukan maksiat maka wajah kita  tidak akan Nur..dan kita tidak akan menerima hidayah dari Allah S.W.T .....Kita perlulah berdoa mendambakan kasih sayng dan kemaafan Tuhan Yang Maha Pengampun....

Jika kita meninggalkan seorang Saudara kita maka sepuluh Saudara yang akan meninggalkan kita..maka sama2lah kita Support saudara seIslam...Walaudiaman jua mereka berada maka kita hendaklah menghulurkan bantuan kepada mereka...

Salam Nurani...Bersambung....

Friday, June 3, 2011

Nomik: Kem Cinta : Bab Dua

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
           Malangnya nasib Mika dia disuruh bapanya seorang pentadbir yang tegas untuk mengikuti sebuah kem sedangkan kesalhannya hanya memasuki kawasan larangan di salah sebuah penjara disitu. "Inikah nasib aku" kata Mika sambil lingkas bangun dari katilnya lalu mandi dan bersiap untuk berjumpa pembantunya untuk menguruskan perjalanannya ke kem yang bakal disertainya.
           "Hui! Mika..." itulah ayat yang biasa di dengari oleh Mika apabila bertemu pembantu peribadinya Jay. Mika yang melihat jasad yang sangat dikenalinya itu berdiri terkinja-kinja sepuluh batu darinya bergegas lari dengan pantasnya dengan catatan masa 12 saat. "Asal slow je kau hari ini? selalu lagi laju kau lari daripada aku.".Mika mendiamkan diri seketika . "Asal...ada masalah mesti muka kau macam ni..aku kenal sangat kau." Jay memulakanperbualan hariannya seperti biasa. Jarang untuk dengar satu hari itu Mika yang memulakan perbualan diawal pagi, pasti Jay akan menyampuk dahulu. "Kau dah tahukan apa nasib aku lepas ini, banyak songel pula..." Mika membalas dengan nada yang orang yang sedang kebosanan. "Ha? apa kau cakap aku tak faham..nasib? nasib apa?"Jay berkata seperti tidak mengetahui apa yang berlaku.  "Kau ni aku rasa kekurangan darah dalam badan ini..bahaya.nanti kau kena hidrasi baru tahu..pergi minum bnayk sikit darah..hishh, risau aku! " tambahnya lagi. "Merepeklah kau..tak kan tak tahu..kau orang yang paling dipercayai dekat istana aku..tak kan ayahanda aku tak bagi tahu kau..." balas Mika membuatkan muka Jay berubah seperti kepeningan."Aku akan dihantar ke Kem Hukuman Bagi Pontianak!" Mika berkata dan berlalu untuk ke Institut Pengajian Pontianak Remaja. Jay dengan lincahnya mengejar Mika. "Kenapa? sebab kes kau yang kau termasuk dalam kawasan larangan tu?" tanya Jay bagi mendapatkan kepastian. "Yela..pasal apa lagi abang oi,". "Pasal hal macam itu pun nak sampai dihantar ke kem macam itu.." "Tak patut,....tak patut betul ayahanda kau ini." balas Jay menenagkan jiwa Mika. "Aku pun tengah rasa keliru dan haru-biru sekarang ini,...Aku rasa ini semua rancanan ayahanda aku dan King Dracul Highness (datuk bandar V-empire),...kau tak rasa begitu"Mika menjelaskannya lagi. "Aku pun rasa macam itu..sebab sejak dua menjak ni selalu juga ternampak ayahanda kau bertemu datuk bandar..aku pun rasa curiga dengan pertemuan mereka itu." Jay menerangkan apa yang dilihatnya beberapa hari yang lalu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Apa yang akan terjadi pada Mika dan Jay?
Apa sebenarnya rancangan Lord Drac dan datuk bandar?

Nak tahu lebih lagi mengenai kisah Mika nantikan Bab Tiga....

Thursday, June 2, 2011

Layan diri~.

Cuti sekolah dah nak habis ,,dah nak naik sekolah boring seh...
Cuti sekolah kena belajar...
cuti sekolah sekejap je...

WOI!!

asal aku tulis entri macam ni....gila2...aku tengah stress sebab cuti sekolah rasa macam tak puas,,'
banyak hal yag perlu diuruskan...
Kalau aku ada power aku nak lambatkan masa..tapi apakan daya...aku nak rasa juga jadi macam diorang ni..Minutemen!


cerita ni memang berani mati!,,pecah masuk data NASA....aku pun tak berani macam itu..

Berbalik kepada kisah aku....sebnarnya banyak yang aku nak tulis pada cuti ni ,,,tapi masa mencemburui aku

"AAAAA!!"jerit Ziri sambil menghentakkan kepalanya ke dinding.

lawak2....Oh! aku ada dengar ada yang berharap cerita Kem Cinta disambung betul? (ye,,je aku ni!)

dalam perancangan...tapi aku sebenarnya tengah tulis cerita nya,,rangka2 semua dah siap tinggal dipostkan je..tak sempat2..sorry sangat2!

lagi satu aku rasa kurang enak sejak kebelakangan ini..tak tahu kenapa....
hati aku berbelah bahagi....


Wednesday, June 1, 2011

Akim PhOtOgRaPh

KOLEKSI GAMBAR MENARIK AKIM PhOtOgRaPh
















Gambar diatas keseluruhannya bukan diambil menggunakan kamera DSLR.....
tapi ia telah diedit agar kelihatan seperti diambil menggunakan DSLR...

Untuk lebih lanjut sila ke FB saya...

Kredit to Photoshop Lighroom,Photoscape & etc.

Saturday, April 9, 2011

Kisah Renungan bersama

Kerana sekeping Foto



    Alkisah pembuka bicara,tersebutlah sebuah cerita dimana ada seorang manusia ini yang namanya Ah Choi...dia ni suka ambil gambar dengan kamera DSLR nya...
Sampailah pada suatu hari dia pergi ke bandar untuk mencuci gambar dengan menaiki bas...selepas selesai mencuci gambarnya..dia pun pulang menaiki bas tadi...didalam bas dia pun mengeluarkan sekeping foto yang mana di foto itu ada gambar dia disebuah taman tema air...
Dengan secara tiba-tiba sahaja bas yang dinaiki berhenti mengejut..dan gambar yang dipegang Ah Choi terbang dan memasuki bawah kain seorang makcik....Ah Choi pun berkata

Ah Choi:  Makcik angkat kain nak ambil gambar.....

Makcik: @#$$%^&*!!

dan selepas itu Ah Choi ditendang keluar dari bas itu dan terpaksa pulang sambil berjalan2 kaki....

KERANA SENYUMAN




Di Negara Mesir, lahirlah seorang kanak-kanak perempuan kecil yang mana apabila dia besar dia mula membantu ibunya mencari rezeki seawal dia beumur lima tahun....
Pada suatu hari dia keluar menjual.Dia merupakan seorang penjual منديل atau lebih dikenali di Malaysia sebagai sapu tangan...sapu tangannya cukup lembut, sedang dia berjalan dari satu stesen bas ke suatu stesen bas....dia pun terjumpalah seorang wanita muda yang sedang menangis teresak di sebuag lorong..budak kecil itu pun pergi kearah wanita itu dan bertanya..


"Kenapa kamu menangis?". budak kecil itu betanya.


"Aku mempunyai masalah dengan suamiku dan malam kelmarin kami bertengkar". wanita itu membalas sambil menundukkan kepala.


Lalu,budak kecil itu menghulurkan sehelai sapu tangan yang dijualnya kepada wanita itu tadi,,,wanita itu mengesat air mata nya dan mendongakkan kepala untuk mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak itu...
Namun apabila dia mendongak kanak-kanak itu sudah jauh .Tetapi kanak-kanak itu berpaling dan berkata:


"Senyumlah, Kerana Senyumanmu amatlah berharga dan membahagiakan" kata kanak-kanak itu sambil ternyum dan pergi meninggalkan wanita itu lalu kembali berniaga.


Wanita itu kembali bersemangat dan beergegas pulang dan menelefon kerana suaminya berada di kedai minuman.....
"Abang maafkan saya" itulah kata2 maaf dari si isteri
Suami wanita tadi yang terlalu gembira kerana  sudah berbaik dengan isterinya terus mengeluarkan duit RM100 dan meletakkannya diatas kaunter pembayaran dan terus pergi....tidak sempat si suami melangkahkan kakinya keluar..pemilik kedai pun memaggilnya dan bertanya:

"Bakinya bagai mana saya tidak ada duit baki utk diberi"

'Simpan saja bakinya, aku berasa sangat gembira hari ini, simpan sajalah baki nya ya?" balas si suami tersenyum lalu segera beredar.

Pemilik kedai itu berasa sangat gembira kerana dia mendapat untung yang banyak pada jualannya hari itu..

"Rasanya sudah cukup untuk jualan hari ini, lebih baik aku pulang ke rumah" kata pemilik kedai minuman itu..

Dalam perjalanan pulang dia terserempak dengan seorang wanita tua yang sudah lajut usia yang menjual manisan ditepi jalan...
Lelaki itu berasa simpati, oleh kerana dia memperoleh untung yang banyak pada hari ini dia pun membeli kesemua manisan itu...

"Saya hendak membeli kesemua manisan ini" kata lelaki itu tersenyum lalu menghulurkan sekeping RM100

"Terima kasih semoga Tuhan yang dapat membalas jasa kamu" kata wanita itu tersenyum pula sambil membungkus manisan itu...

Wanita itu berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang melimpah...
dalam perjalanan pulang kerumah,,wanita itu berhenti sebentar di kedai daging untuk membeli daging kambing untuk anaknya dirumah...

Setiba dirumah wanita itu memberi daging itu kepada anaknya untuk dipotong didapur..anak itu bersa sangat gembira..apa yang lebih mengembirakan hati saya ialah anak itu merupakan kanak2 kecil yang memberi wanita yang sedang mengais itu sehelai sapu tangan...TamaT...

Ha....macam mana banyak tak kesimpulan dan pengajaran yaang anda semua dapat disini kan?

1# Jaga percakapan kita,,,budi bahasa budaya kita....betulkan tatabahasa anda ya?
2# Senyum dan sentiasa berbuat baik ini kerana setiap amlam yang baik walaupun sebesar zarah sekalipun  Allah S.A.W tetap akan memberi balasan atas nya....





Friday, March 18, 2011

Seni itu artistik....

Rindu seh aku...dah beberapa bulan aku meninggalkan alam persekolahan rendah aku...rindu sangat seh...


Kawan-kawan Tahun 6....5A's UPSR candidate

OK2...lupakan kisah lalu..mulakan entri baru...

Entri kali ni nak citerpasal aku dah jumpa Photoscape 3.5 yang aku ingini..dan Picasa ....Software ni adalah untuk mengedit gambar..menjadi lebih menarik seperti gambar dibawah.....







Amacam,,smart? kalau nak lagi..tgk kt FB aku....
Aku rasa macam nak serius dalam bidang ni..tapi kalau difikirkan macam nak freelance je...
sebab aku pun masih tengah belajar kat SMAKJ,Kluang...Tahfiz lagi....
Cuma aku harap dapat jadi ketua editor majalah sekolah menjelang 2015..mase 2 aku dah form 5....cayokk!!
senior....Super Duper Senior...

Tinggalkanlah komen anda ya...kalau ada yang berminat untuk menggunakan khidmat aku pun apa salahnya...
e-mail je kat aku....alamat dan no telefon...ok?

Hahahaha..melalut pulak aku ni....ok..
Korang tahu apa itu seni? x tahu cakao je..jangan asyik angguk je!!!...(kurang ajar seh ayat)...

seni itu artistik..suatu karya atau ciptaan yang cukup mengagungkan...seperti seni silat..lukisan,, tarian dan lain2.....seni juga ialah suatu benda yang dicipta dan sangat kreatif ,inovatif dan krisis...

Ada lagi satu software iaitu Adobe Photoshop 7.0...yang  aku telah telah aku update....hehehe..

Aku dah lama tak mengupdate blog..dan mengEdit gambar2...tapi lepas jumpa ngan seorang senior aku..nama nya Multazam....aku terus macam...WOW!!. aku bersemgata semula dan menyimpan hasrat untuk menjadi ketua editor menjelang 2015....(macam aku pernah cakap je ayat ni?)

Aku harap kan sangat doa korang semua...


Tuesday, February 1, 2011

Alaf Baru (kisah aku & SMAKJ)


Lencana diatas merupakan sekolah baru aku..... dimana lembaran hidup baru aku bermula...iaitu di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang....

5 Januari merupakan hari pendaftaran..
"dupdupduop!!"...jantung aku berdegup kencang seperti gendang!

Aku rasa takut sangat masa tu...ada jugak rasa happy yang teramat sangat..biasalah dah nak dewasa...Selepas bersalam-salaman dengan mak bapak aku..dan diorang pun bertolak pulang tiba-tiba, hati aku menjadi..
Sayu Sedih dan Syahdu

Tetapi itu sementara dan kadang-kadang sahaja selepas setelah lama aku berada di sana...DAN!

BERMULALAH..hidup dan dunia baru aku..aku telah berjaya memasuki kelas 1 Arabi dan kemudiannya dipindahkan ke kelas 1 Taimiyah...kelas Tahfiz gitu lol!....
dan aku difahamkan aku dan teman2 seklas Tahfiz ku ialah generasi keempat tahfiz..

Aku rasa happy masa dalam minggu orientasi selama 3-4 hari gitulah....
Dan masa majlis penutup minggu orientasi atau dipanggil minggu ukhwah...aku dan sahabat aku(sahabat baru)..Syed Ibrahim diminta untuk membacakan al-quran manakala aku diminta untuk membaca tafsirnya...hahahah! lantangnya suara aku membaca tafsir..
Masa baru masuk aku ahlah jadi ketua kumpulan ..oklah....
pastu jadi ketua Dorm..oklah...
yang paling mantop! ketua Batch!..brrrr!!! baiklah!

senyuman bahagia,,,,

Puas hati aku dapat tulis entri-entri ni semua....dan kalau ada apa2 pandangan dan pertanyaan korang semua bolehlah tinggalkan pesanan kat Wall FB aku...

-Last but not list pandai2 jaga diri di alaf baru ini-


Sunday, January 2, 2011

Through My Window

Hahaha....sengalla padahal aku kata entri aku akan habis dientri yang bertajuk " entri yang tiada penyudahan "....

Tapi aku siap tulis entri tahun barulah..macam2 la...

Tapi aku yakin ini entri aku yang terakhir sebelum aku bertolak ke sekolah menegah aku..di Kluang...

Dikesempatan ini aku nak ucapkan salam saynag buat kawan2 aku keluarga aku..dan "orang itu" yang aku amat sayangi...Aku mintak maaf andainya aku sakiti korang semua sepanjang aku berada disamping korang aku mintak maaf sangat..aku sengaja guna tajuk lagu..dan lagu blog  sama..sebab lagu ini ada sangat kena mengena dengan entri ini...


Teruskan usaha korang semua menulis blog..kepada blogger2 yang aku kenal seperti Freeze,Inas,Hakimah and so on...aku ucapkan selmat maju jaya dalam penulisan blog....

"Practise make Perfect"

tapi seblum 2 aku nak korang senyum dan cari apa yang tak kena dengan gambar di bawah...
(sila tinggalkan komen ya?)


-Luv u all and peace no War-

Thursday, December 30, 2010

Entri tahun baru

Perhatikan gambar dibawah.....


#1: Apa yang korang fikirkan bila korang tengok gambar diatas

Mungkin:

"Apasallah aku tulis entri pasal pokok yang daunnya nak gugur" (ni aku yang fikir)
"Kenapa lambat nak akhir tahun 2011?"
"Bilalah daun dekat pokok tu nak gugur?" and etc.

Dan lain2....merepek jela...kalau ade yang korang fikir yang lain dari aku tulis..sila tinggalkan komen ya?!


Korang tak payah fikir pun pasaal ape2 kat pokok 2...yang korang kena fikirkan cuti sekolah dah nak habis,, sekolah dah nak buka...UPSR tahun depan and so on...

SO, jangan asyik duduk depan komp.melayan Facebook ,Myspace, Twitter and so on...Blogger tak pe (siak la aku ni) Oh MEN...

Ni aku nak kasi kata2 pujangga yang aku tulis sendiri korang renung2kan lah ye?

"I f the time is Replay, then the gold will be return...So don't make the time replay again n again...Do the best on the day come.....try, try and keeping trying..You will got what you wanted..."

Sorryla kalau2 aku punya BI broken sikit...(Broken English la katekan)...

Dikesempatan ini aku mengucakan Selamat Tahun Baru Hijrah(sebab tahun baru Hijrah hari tu tak sempat tulis entri)..sengal tak aku ni...dan selamat tahun baru cina ,melayu, india..dan bangsa Malaysia...

     

Semoga tahun depan menjadi tahun yang cukup indah dan korang doakan lah aku bila aku kat sekolah menengah nanti..jangan lupakan aku 98gangz...KBR crew..last but not list my BFF....
Semoga tahun lalu dijadikan iktibar dan aku dah pasang azam dan bukannya pasang mentol untuk jadi yang terbaik...

Aku nak korang semua berjaya macam aku dan orang2 yang terdahulu daripada aku...
So, kalau nak bercintan-cintun tu agak-agaklah ye? (dengalah nasihat ini dari seorang sahabat)...

p/s: so sad this is my last change to erite a entry..so sad..i have too go now...love you.....I' m Yours!!!